Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

Liow: 38 lagi kes baru H1N1 dikesan

2nd July, 2009

PUTRAJAYA: Sejumlah 38 kes baru influenza A (H1N1) dikesan sehingga pagi kelmarin yang terdiri daripada 33 kes import dan lima kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 196 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata daripada 38 kes itu, 30 kes melibatkan warga Malaysia dan lapan warga asing.

“Lapan warga asing itu ialah lima dari Indonesia, masing-masing satu dari Sweden, Palestin, dan Argentina,” katanya kepada pembe-rita di sini kelmarin.

Sementara kes tempatan pula melibatkan tiga kes pelajar dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur, dua kes adalah kontak kepada kes import ke-147 dan satu kes kontak kepada kes ke-143.

Liow berkata sehingga kini seramai 86 pesakit masih menerima rawatan dan 110 telah sembuh sepenuhnya.

“Penutupan sekolah pula masih kekal dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Tsun Jin Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban. Jumlah kes kuarantin pula ialah 4,668 dan tempoh kuarantin berakhir pada Jumaat ini,” katanya.

Liow turut mengumumkan penambahan 29 klinik Kesihatan di seluruh negara dan lima hospital swasta di Lembah Klang untuk menyediakan khidmat pengambilan sampel bagi kes yang disyaki H1N1 atau juga dikenali sebagai selesema babi.

Lima hospital itu ialah Sunway Medical Centre, Pantai Medical Centre, Sime Darby Medical Centre, Gleaneagles Intan Medical Centre dan Prince Court Hospital.

Beliau juga berkata penggunaan ‘rapid test kit’ juga tidak dibenarkan untuk menjalankan ujian influenza A H1N1 kerana ujian itu tidak sensitif dan spesifik untuk mengesan jangkitan H1N1.

Menteri itu juga menjelaskan penumpang dalam penerbangan yang sama dengan kes yang disahkan dijangkiti H1N1 tidak semuanya akan di kuarantin kecuali penumpang di tiga barisan hadapan dan tiga barisan belakang kes.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline