Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Man gets 25 years’ jail, 15 lashes for raping daughter, 12 |  Safa using SAGA to hunt for hidden talents |  Crucial tie for Tambadau |  PHKS targets RM400,000 at annual fundraising Charity Bazaar |  Gear up for Malaysia Autoshow 2019 in Sabah |  KUD Zon Sabah kosiwatan kumaa mongungusaha labus kakadayan |  Kusai nopujulan kiniopon kikotumbazaan duminuso sondii |  Sada ginakom momoguno bom nagamu id Pasar Safma |  3,000 jobs up for grabs at 2nd Sabah Career Roadshow |  Wuyi University students,lecturers arrive in Sabah to attend UMS training course |  Gravity water system for Kg Bokilong residents |  Matrade eyes higher halal exports to Japan |  Oldtown White Coffee set to expand into petrol retail |  Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ditubuh penuhi janji kepada rakyat |  28 kapal layar antarabangsa berlabuh di Lahad Datu | 
 EDUCATION

Dua pelajar SMK Rancha-Rancha wakili Labuan ke Pertandingan Tokoh Nilam Kebangsaan 2019

21st March, 2019

LABUAN: Dua pelajar SMK Rancha-Rancha, Sulimin Suliman dan Muhammad Zulhazmi Rafiqi Azhary akan mewakili Jabatan Pendidin Negeri Wilayah Persekutuan Labuan ke Pertandingan Tokoh Nilam peringkat Kebangsaan 2019 yang bakal diadakan di Selangor pada April depan.

Terdahulu sebelum ini, di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Sulimin muncul johan kategori Bahasa Melayu, manakala Mohammad Zulhazmi menjuarai kategori Bahasa Inggeris sempena Program Bakat Pelajar anjuran Pusat Sumber dan Pentas Pidato SMK Rancha-Rancha.

Pada tahun ini, Sulimin yang mewakili kategori Bahasa Melayu berjaya menebus kekecewaan pada tahun lepas apabila tumpas dengan perbezaan markah yang sedikit sekaligus dinobatkan sebagai naib johan Tokoh Nilam 2018.

Manakala Muhammad Zulhazmi Rafiqi Azhary merupakan pelajar yang tidak pernah mengenal putus asa sejak menyertai program tersebut beberapa tahun lalu.

Akhirnya pada tahun ini, dengan pengalaman yang pernah diperolehi beliau berjaya bergelar juara sekaligus mewakili sekolahnya ke peringkat kebangsaan.

Pertandingan Tokoh Nilam dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) W. P Labuan, Awang Marteen Datuk Abdul Rahman ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah Tokoh Nilam kategori sekolah rendah dan menengah berkata, anugerah Tokoh Nilam merupakan manifestasi kepada ukuran atau penilaian secara menyeluruh kepada pelajar yang berjaya dalam bidang akademik.

Katanya, penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan luar bilik darjah nyata mengubah lanskap penampilan diri sehingga menyaksikan pelajar-pelajar yang mewakili sekolah masing-masing kini lebih berani ke hadapan dan lebih yakin melontarkan idea dan pendapat.

Turut hadir, Pengetua SMK Rancha-Rancha, Omar Baki Matusin. -Oleh JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse