Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Wakil rakyat digesa manfaatkan peruntukan DUN untuk atasi masalah air

21st March, 2019

TAWAU: Jawatankuasa Bencana Daerah Tawau meminta wakil rakyat di daerah itu menggunakan peruntukan khas Dewan Undangan Negeri bagi menyediakan tangki serta tempat sesuai untuk mengumpulkan dan mengagihkan air kepada penduduk yang terjejas bekalan.

Pengerusinya Alijus Sipil berkata ini kerana tabung bencana tidak dapat digunakan sepenuhnya berikutan Tawau tidak diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau.

“Tabung bencana daerah ini kita hanya dapat gunakan sebahagian untuk membayar kos pengambilan dan penghantaran air ke kawasan terjejas dan sebahagian lagi kita mengharapkan bantuan daripada pemimpin-pemimpin daerah ini.

“Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) sudah maklum perkara ini dan kita minta Sekretariat Jawatankuasa Bencana Daerah iaitu Agensi Pertahanan Awam (APM) untuk berhubung sendiri dengan UPPM sekali gus mengenal pasti kawasan yang bermasalah bekalan air,” katanya.

Alijus yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Lightbox sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2019 di sini, kelmari.

Sementara itu, Alijus berkata agensi yang memiliki kemudahan lori seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, MPT, Jabatan Air serta APM digembleng untuk menghantar air ke pusat pengumpulan dan pengagihan air yang dikenal pasti termasuk di Taman Perwira dan Ranggu Saujana.

“Penduduk boleh mengambil air secara percuma di pusat ini,” katanya.

Menurutnya aduan gangguan bekalan paling banyak diterima daripada penduduk di kawasan Batu 10, Bandar Sri Indah, kawasan Ranggu dan Taman Perwira.

“Sumber air di Tawau masih ada cuma berkurangan untuk diproses ke loji terutamanya Loji Air Utara dan pengagihan diberikan ke kawasan utama, menyebabkan kawasan hujung (termasuk Batu 10 dan kawasan sekitarnya) berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk catuan,” katanya lagi.

Tawau tidak diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau berdasarkan taburan hujan masih diterima di kawasan hulu daerah. -Bernama

   
Email Print