Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Aiso po luputan 10 monginsada sinazangan: ESSCom |  3,000 mogiigizon Kg. Piasau, kaanu kaganapan vaig mantad sistom siibo tana |  Duvo miobpinai vookon 11 di tinaan AADK |  PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu |  Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria |  Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari |  Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung |  Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan |  3,000 penduduk Piasau KB, bakal nikmati bekalan air dari sumber bawah tanah |  Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas |  Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu |  Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu |  Ssamjeang Pizza makes dramatic debut in Sabah |  State govt aims 1,000 entrepreneurs by 2030 |  Setup business plan, entrepreneurs told | 
 Leisure

Tiga kumpulan koir bersatu dalam satu konsert

18th March, 2019

OLEH ALMAWATI RAKIM

TIGA kumpulan koir, bakal bersatu dalam satu konsert ‘Friendship Concert 2019: a Celeberation Of Voice’ yang berlangsung pada 30 Mac ini.

Tiga kumpulan berkenaan ialah yang pernah mewakili Malaysia ke Filipina untuk Budayaw Festival- 2017 BIMP-EAGA Festival of Cultures iaitu IUC ataupun dengan nama penuhnya In Unity Chorale, selain daripada itu pemenang dua pingat emas dalam kategori koir lelaki dan pop & Jazz, 7th Bali International Choir Festival 2018 di Bali Indonesia The Male-Efficient (TME).

Kumpulan ketiga pula Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan pemenang pingat perak dalam 16th Malaysian Choral Eisteddfod 2018-International Choral Festival di Kuala Lumpur, Malaysia.

Apa yang pastinya, konsert ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat antara kumpulan-kumpulan koir di Sabah seterusnya menjulang martabat nyanyian koir di negeri ini.

Kumpulan-kumpulan itu nanti akan mempersembahkan lagu-lagu terdiri daripada pelbagai genre seperti lagu rakyat, klasikal, pop dan lain-lain lagi.

Konsert ini merupakan anjuran bersama ahli-ahli kumpulan koir ini sendiri, iaitu daripada IUC Adsone Matthew Mitty Gabu, Lesley George (TME) dan juga Hezron Gulon daripada koir DBKK.

Mereka bekerjasama dengan Ketua Program muzik di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS), iaitu Dr. Ian Baxter.

Selain daripada itu, kumpulan koir UMS Ensemble di bawah pimpinan Adsone Matthew juga bakal menyerikan konsert itu yang Berlangsung pada jam 7.30 malam dan bertempat di Dewan Resital UMS.

Turut serta dalam konsert ialah kumpulan yang dikenali sebagai Ging Karas Talent anggotanya terdiri daripada Keewon, Carl Event dan Joe Japrin yang juga akan membuat penampilan khas sebagai artis undang bagi memeriahkan lagi konsert pada malam itu nanti.

Sebarang pertanyaan mengenai konsert Friendship Concert 2019: a Celeberation Of Voice’, boleh menghubungi Adsone Matthew di nombor 016-8400576, Lesley George (019-8014284) dan juga Hezron Gulon (014-5586419).

   
Email Print
   
 
 
E-browse