Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Aiso po luputan 10 monginsada sinazangan: ESSCom |  3,000 mogiigizon Kg. Piasau, kaanu kaganapan vaig mantad sistom siibo tana |  Duvo miobpinai vookon 11 di tinaan AADK |  PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu |  Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria |  Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari |  Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung |  Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan |  3,000 penduduk Piasau KB, bakal nikmati bekalan air dari sumber bawah tanah |  Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas |  Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu |  Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu |  Ssamjeang Pizza makes dramatic debut in Sabah |  State govt aims 1,000 entrepreneurs by 2030 |  Setup business plan, entrepreneurs told | 
 ECO

Kempen beri kesedaran bahaya guna beg plastik

150319-kempen-6a
PERASMIAN .... Jaujan (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian kempen, disaksikan kenamaan yang lain.

15th March, 2019

RANAU: Kempen Tanpa Beg Plastik, Straw dan Polisterin beri kesedaran kepada orang awam terhadap bahaya penggunaan Beg plastik.

Kempen itu, yang dilancarkan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Merteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Jaujan Sambakong turut memberi kesedaran terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar termasuk seluruh hidupan air laut dan sungai.

Jaujan menegaskan kajian telah terbukti plastik dan bahan Polisterin yang selalu digunapakai dalam kehidupan seharian mengambil masa 450 tahun tempoh untuk proses penguraian manakala untuk bahan stryofoan langsung tidak akan terurai.

Menurutnya dengan jumlah penduduk 32 juta, Malaysia dianggarkan membuang sehingga 38,000 tan metrik sampah setiap hari, menjurus kepada RM 1.5 bilion terpaksa dibelanjakan untuk kerja pengutipan sampah setiap tahun.

“Daripada jumlah itu, kadar kitar semula dan pengasingan sisa adalah pada kadar 24 peratus manakala 76 peratus dihantar ke Tapak Pelupusan sampah.

“Disebabkan inilah kita semua harus mengambil peranan masing-masing menjaga Sabah sentiasa ditahap yang bersih. Pelaksanaan kempen ini seharusnya bermula daripada kesedaran peringkat bawah dengan mengadakan kempen kesedaran melalui sekolah-sekolah melalui sesi taklimat pembelajaran secara tidak langsung”, tegasnya.

Beliau memaklumkan bermula Januari 2019 semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarah mengadakan gotong-royong di daerah masing-masing dengan melibatkan orang awam.

Menerusi gotong-royong itu yang diadakan setiap minggu, lebih 70 peratus sampah yang dikutip adalah berasaskan plastik dan polisterin seperti beg plastik, botol mineral, straw dan bekas makanan.

“Dengan penemuan bangkai seekor ‘Whale Shark’ yang hanyut ke pesisir pantai Tanjung Aru baru-baru ini, mengejutkan semua pihak kerana punca kematian haiwan adalah disebabkan beg plastik yang menyebabkan sistem penghadaman tersumbat”, katanya.

Beliau menyarankan supaya Jawatankuasa kempen merancang untuk pembersihan pantai dan pemuliharaan keindahan alam sekitar termasuk memfokuskan menjaga flora dan fauna serta hidupan laut dan sungai memandangkan negeri ini kaya dengan hidupan sumber asli, galian, hutan dan juga haiwan-haiwan yang perlu dijaga.

Beliau menambah, penduduk bukan saja memerlukan persekitaran yang bersih dan sihat tetapi mahu melahirkan masyarakat yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri yan lebih utuh.

Turut berucap ialah Setiausaha Tetap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hajah Masnah Binti Matsalleh.

Turut hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para Ahli Perniagaan serta ribuan penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat. Majlis berakhir dengan penyampaian ‘Eco Beg’ kepada para pengusaha Supermarket, Hypermarket dan Food Autlet.

   
Email Print
   
 
 
E-browse