Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Aiso po luputan 10 monginsada sinazangan: ESSCom |  3,000 mogiigizon Kg. Piasau, kaanu kaganapan vaig mantad sistom siibo tana |  Duvo miobpinai vookon 11 di tinaan AADK |  PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu |  Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria |  Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari |  Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung |  Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan |  3,000 penduduk Piasau KB, bakal nikmati bekalan air dari sumber bawah tanah |  Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas |  Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu |  Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu |  Ssamjeang Pizza makes dramatic debut in Sabah |  State govt aims 1,000 entrepreneurs by 2030 |  Setup business plan, entrepreneurs told | 
 EDUCATION

52 MBK dari SK Luyang adakan program lawatan ke Petrosains

140319-petro-6b
CERIA... sebahagian pelajar bergembira semasa lawatan itu.

14th March, 2019

OLEH EJA

KOTA KINABALU: Program lawatan sambil belajar oleh 52 orang Murid Berkeperluan Khas (MBK) dari SK Luyang ke Petrosains disifatkan mencapai objektifnya baru-baru ini.

Demikian dinyatakan ketua penyelaras program pendidikan khas sekolah itu Cikgu Edith Gusupin ke Perpustakan Negeri Sabah (PNS) ketika diminta pandangan beliau ke atas program itu.

Tambahnya lawatan ini sebagai memenuhi objektif di mana ibubapa turut mengambil peranan dalam membantu menjayakan program tersebut. Melalui program ini juga, MBK dapat pengalaman baru serta gembira sepanjang lawatan.

Pihak PPKI SK Luyang melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Petrosains kerana sudi menerima kunjungan MBK.

“Petrosains menyediakan peluang kepada MBK untuk menerokai alam sains secara dekat, petugas Petrosains juga banyak berperanan membantu menyampaikan maklumat dalam kapasiti yang boleh difahami, selain itu kemahiran manipulatif yang merangkumi pengamatan dapat diaplikasikan ketika sesi penerokaan dalam Petrosains,” Kata Edith.

Katanya, lawatan ke Petrosains ini merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan bagi merancang serta membina keyakinan murid-murid Berkeperluan Khas ini dalam menerokai alam sekeliling,

Menurut beliau kunjungan program hari ini adalah hasil usaha sama antara pihak sekolah dan ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Pengerusi Kelab Pendidikan Khas, Puan Fulfarana John yang turut serta dalam lawatan itu ketika ditemui menyatakan penghargaannya kepada pihak sekolah ke atas program lawatan sambil belajar ini dan berterima kasih atas kehadiran ibu bapa.

Terdapat kira-kira 28 ibu bapa turut serta menyertai lawatan itu bagi membantu mengawasi anak-anak mereka, dan tidak kurang juga guru-guru yang turut mengawasi dan menunaikan tanggungjawab mereka. Tidak lupa juga kepada pihak kakitangan Petrosains yang turut membantu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse