Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 ECO

Kenangan indah masih segar

220219-ipdkk9-9
PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (kiri) bersama isteri, Datin Diana Lee Dennis @ Abdullah turut serta dalam senamrobik.

22nd February, 2019

WALAUPUN sudah lebih sebulan, namun kenangan terindah ketika Sambutan Hari Keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah tetap segar dalam ingatan. Paling terkesan adalah warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Apa tidaknya, IPD dengan motto “Kota Kinabalu: Keselamatan Anda Keutamaan Kami” itu membolot kebanyakan acara utama pada sambutan itu antaranya, Juara Battle Of The Band (BOTB) oleh ThunderStorm Band, Juara Tarian oleh Seni Tari, Juara Karaoke oleh Sarjan Jison Kunat @ Rezuan Abdullah, Juara Pertandingan Bola Jaring Berkain Batik oleh Pasukan Wanita IPD dan Pertandingan Memasak.

Dalam Genggaman

Pada saat kejayaan pada acara lain masih kurang jelas, IPD Kota Kinabalu bergantung harap pada dua ayam tambatannya iaitu Kumpulan Seni Tari dan ThunderStorm Band.

Seni Tari IPD Kota Kinabalu yang mula bergerak aktif pada tahun 2016 di bawah seliaan Pegawai Siasatan/ Perundangan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, ASP Sabrina Jinius terus menempah nama di peringkat kontinjen Sabah. Antaranya, Juara Pertandingan Tarian Sempena Hari Keluarga PDRM Sabah 2016, Juara Tarian 60-an Sempena Karnioval PDRM Sabah 2017 dan Juara Pertandingan Poco-Poco PDRM Sabah 2018.

Pada kali ini, Sabrina menurunkan enam penari termasuk koreografer, Lans Koperal Mohd Faizal Johari, anggota Balai Polis Pulau Gaya serta lima penari lain iaitu Lans Koperal/S Siti Norisyah Bujang, Lans Koperal/S Nurza Shafeeqa Zakaria, Koperal/SP Lydia Bangging, Konstabel/SP Haslina Abd Lajan dan Konstabel/SP Raynold Jusley.

Berkonsepkan tema 60an, Seni Tari buat sekian kalinya merangkul kejuaraan sebagai hadiah tahun baharu 2019 dan meletakkan pesaing terdekatnya, kumpulan tarian dari IPD Lahad Datu di tempat kedua dan kumpulan mewakili Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di tempat ketiga.

Sementara itu, kugiran yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu, ThunderStorm Band pula, nyata berjaya mengekalkan reputasinya setelah menewaskan enam pencabar lain termasuk FireBlade Band (IPD Tawau), Magic Band (IPD Kinabatangan), MTR Band (IPD Lahad Datu) dan Force Band (IPD Kudat).

Band yang ditunjangi kapten, Koperal Hasdamuddin Dakhlan itu juga semakin matang dalam adunan muzik yang dibawa. Anggota band yang lain terdiri daripada Koperal Nicholas Umjin (Keyboadist), Koperal Herdian Sudario (Bassist), Syed Mohd Shahbihi (Rhythm) dan Konstabel/SP Razali Zulkifli (Drummer) serta dilengkapi tiga vokalis Lans Koperal Syachruddin Yakup, Koperal Marlinah Abd Salim dan Konstabel/SP Zuraidah Ahmad.

Mereka merupakan anggota pangkat rendah dari pelbagai bahagian yang disatukan di bawah pentadbiran Ketua Polis Daerah, ACP Habibi Majinji dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, ASP Samsualan Samsudin sebagai Pengurus Band.

Siapa Sangka

Setelah melalui saringan sengit dengan lebih 50 peserta sehari suntuk, siapa sangka Sarjan Jison Kunat @ Redzuan Abdullah merangkul gelaran Juara Pertandingan Karaoke sekaligus mengenepikan lima finalis lain.

Siapa sangka, ASP Sabrina yang lincah di dance floor rupanya ligat di gelanggang bola jaring. Meskipun mengenakan kain batik, mereka konsisten dalam permainan sehingga dinobatkan sebagai juara pada temasya tersebut. Bersama Sabrina adalah Insp. Asniee Amin, Nur Syazlyza Suhaimi, Lans Koperal Siti Shaefaridah, Koperal Surianti Abd Karim,Sarjan Andy Suriyana, Rahimah Ab Bakar, Koperal Junainah Nordin, Konstabel Nor Syamimi, Anizan Mat Sanit dan Sarjan Eyrdwatie Rahman.

Paling tak disangka, ACP Habibi rupanya sangat berbakat dan hebat di dapur bersama isteri tercinta, Norazlin Mohd Noh yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Kota Kinabalu, sambil dibantu oleh Koperal Nila Nukrih dan Koperal Erny Nanik.

Pasukan tersebut mempertaruhkan sajian sagol ikan kerapu, sayur lemak pucuk manis dan labu dan grill chicken mushroom sauce. Manakala, Jus Ajaib iaitu gabungan jus epal dan lobak segar sebagai hidangan istimewa nyata berjaya menambat hati dan selera para juri Pertandingan Memasak dan meraih satu lagi kemenangan untuk IPD Kota Kinabalu.

Keluarga Besar

Baru-baru ini, berlangsung ‘KK Star Nite 2019’ di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri khusus meraikan kemenangan warga IPD Kota Kinabalu sempena Sambutan Hari Keluarga Polis Kontinjen Sabah.

ACP Habibi dalam ucapan amanatnya mahu momentum kecemerlangan serta prestasi terbaik berkenaan dikekal serta dipertingkatkan lagi. Sambil menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, beliau juga mengingatkan para warga IPD untuk saling menghormati dan mengamalkan konsep kekeluargaan agar silaturrahim lebih kukuh.

“Masa bekerja saya adalah bos, tapi di luar masa bekerja, kamu adalah abang dan adik saya, kita adalah keluarga besar,” ujarnya. Mungkin itulah resepi bagi IPD yang paling banyak merangkul kejuaraan dalam acara yang dipertandingkan bak kata orang Sabah, IPD Paling Manang Bossku!

   
Email Print
   
 
 
E-browse