Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

AADK tahan tiga individu dalam Ops Cegah

11th February, 2019

Oleh RIZALMI LIMAN

TAMBUNAN: Tiga individu yang mempunyai hubungan keluarga iaitu terdiri daripada dua suspek lelaki dan seorang wanita antara yang ditahan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau dalam Ops Cegah yang dijalankan di dua buah Kampung, di sini pada awal pagi kelmarin.

Menurut Ketua Operasi Azry Golbin @ Azmi, bapa adalah berumur 44 tahun dan seorang anak lelaki berumur 20 tahun serta ibu saudara berumur 41 tahun antara yang ditahan oleh pihak AADK Keningau pada operasi berkenaan.

“Pelbagai aksi telah dilakukan oleh anak-beranak berkenaan untuk cuba mengelakkan diri daripada dicekup dalam serbuan tersebut oleh pasukan AADK Keningau. Si bapa bersembunyi di dalam sebuah almari pakaian, manakala anak lelakinya pula cuba melarikan diri dan bersembunyi di bawah katil rumah mereka.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya dicekup hasil daripada pemeriksaan menyeluruh yang telah dibuat pada setiap bilik di rumah berkenaan.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua mereka, maklumat tambahan berjaya diperolehi yang mana terdapat seorang wanita yang berstatus Ibu saudara dan seorang lelaki turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bersama mereka.

“Hasil daripada maklumat berkenaan, pihak AADK seterusnya berjaya menahan dua lagi suspek berkenaan di sebuah lokasi yang lain,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini kelmarin.

Sementara itu, tiga lagi suspek lelaki berjaya ditahan dalam satu operasi berasingan pada hari yang sama kerana didapati positif ujian saringan dadah pada Operasi Sekatan jalan raya yang dijalankan secara bersepadu bersama Agensi Penguatkuasaan di Keningau.

Tambah Azry, kesemua mereka yang ditahan adalah berumur dalam lingkungan 19 hingga 44 tahun.

Katanya, mereka akan disiasat dibawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan Dan Pemulihan Dadah 1983 kerana disyaki sebagai penagih dadah dan ujian saringan awal mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse