Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

Tindakan individu bakar bendera Malaysia diselar

11th February, 2019

SANDAKAN: Ketua Penyelaras Parti Amanah Bahagian Batu Sapi, Haji Abdul Hamid Sabal menyelar tindakan individu dari sebuah negara jiran yang dikatakan kononnya membakar bendera Malaysia.

Sambil melahirkan rasa kecewa ke atas tindakan individu berkenaan, beliau selaku Timbalan Yang Dipertua 1 PERKASA Negeri Sabah meminta pihak kerajaan supaya memberikan perhatian serius insiden tersebut.

Ini katanya, tindakan membakar bendera Malaysia secara terbuka adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab sekaligus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Apatah lagi, katanya, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan menghormati negara-negara lain dalam konteks semangat Asean pasti tersentuh dengan insiden sedemikian rupa.

“Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan seorang individu dari negara jiran yang didakwa telah membakar bendera Malaysia ... tindakan individu terbabit tidak baik kerana menyinggung perasaan rakyat negara ini seterusnya mengundang kemarahan rakyat dan mohon supaya insiden sebegini diberikan perhatian serius termasuk mengambil tindakan tegas supaya tidak lagi berulang pada masa akan datang.

“Kita rasa kecewa dan menyelar tindakan sedemikian oleh sebab Malaysia sebuah negara yang cintakan kedamaian bersama,” ujarnya kepada New Sabah Times di sini, kelmarin. -Oleh ROZZALIN HASHIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse