Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

AMT Alumni KTYS buat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif KTYS

11th February, 2019

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTYS Terence S.K.Chee, baru-baru ini.

Sembilan AMT Persatuan Alumni KTYS diketuai Presidennya Pkhruddin Bian melakukan kunjungan hormat itu terhadap Terence di pejabat beliau di Kampus Sembulan KTYS di sini.

Kunjungan hormat sebagai sesi suai kenal serta perbincangan dua hala yang memberi manfaat kepada dua pihak. Pkhruddin turut membentangkan latar belakang sejarah penubuhan alumni KTYS, program dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2017 hingga kini, laporan bergambar akitiviti tahun 2017-2018 dan buletin Alumni KTYS tahun 2017-2019.

Beliau turut menyatakan program dan aktiviti tahun ini serta hala tuju alumni KTYS dan mengemukakan cadangan untuk meminta ruang di KTYS untuk kegunaan alumni KTYS.

Dalam pada itu, Terence menyambut baik kunjungan hormat itu yang dapat mengeratkan kerjasama antara pengurusan KTYS dengan Persatuan Alumni KTYS.

Beliau turut berkongsi latar belakang dan pengalaman beliau sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di KTYS.

Beliau meminta AMT Persatuan Alumni KTYS untuk menjejaki semula alumni KTYS dan mendaftarkan mereka sebagai ahli persatuan dan memberi satu cabaran kepada Alumni KTYS pada tahun ini untuk menambah ahli persatuan tiga kali ganda dari ahli persatuan terkini seramai 71 orang.

Terence turut mencadangkan cara untuk menambah ahli dengan membuka booth semasa Hari Konvokesyen KTYS dan perjumpaan dengan bekas-bekas pelajar di daerah yang terpilih serta sekali gus mendaftar sebagai ahli persatuan alumni KTYS.

Beliau juga menawarkan bilik Persatuan Alumni KTYS di Kampus Sembulan, KTYS yang akan dimaklumkan kelak.

Terence menyatakan komitmen untuk terus berjasama bersama Persatuan Alumni KTYS akan berterusan dan akan membantu serta bersama-sama dengan AMT Alumni KTYS pada Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Yayasan Sabah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse