Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

Polis KK tahan 13 individu dalam operasi pencegahan jenayah

11th February, 2019

KOTA KINABALU: Polis menahan 13 individu termasuk dua wanita dalam operasi pencegahan jenayah selama tujuh jam bermula 9 pagi di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata 11 daripada mereka termasuk dua wanita terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes dadah sementara dua lagi kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka yang berusia 14 hingga 60 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Bakau, Likas dan Kawasan Lembaga Padi di Inanam,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Katanya polis turut merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1,600.

“Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di daerah ini akan terus diperhebat bagi meningkatkan kesejahteraan dan ketenteraman awam,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse