Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

K’jaan negeri mahu maklumat terperinci rakyat Sabah yang ditahan di Kemboja

11th February, 2019

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan mendapatkan butiran dan maklumat terperinci daripada Kementerian Luar berhubung isu penahanan rakyat Malaysia yang sebahagian daripadanya berasal dari Sabah di Poi Pet, Bantey Meanchey, Kemboja.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini termasuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai punca dan alasan individu terbabit ditahan, dan setakat ini, kerajaan negeri masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu.

“Kerajaan negeri perlu mendapatkan butiran dan maklumat terperinci tentang mengapa mereka ditahan dan apa sebabnya, kita akan mendapatkan maklumat itu terlebih dahulu, dan jika ada keperluan untuk bantuan, sudah pasti (bantuan akan diberikan) kerana mereka adalah orang Sabah.

“Amalan biasa kita lakukan ialah kita akan meminta Kementerian Luar untuk berkomunikasi dengan rakan sejawatan mereka (di Kemboja) mengenai bagaimana kita boleh memastikan semua individu terlibat boleh kembali dengan selamat (ke Malaysia),” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar, di sini kelmarin.

Pada 7 Feb, Kementerian Luar mengesahkan laporan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Bantey Meanchey, Kemboja sejak 11 Dis 2018 atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Penahanan itu hanya dimaklumkan secara lisan oleh polis Bantey Meanchey pada 28 Dis 2018, dan susulan itu, pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh membuat lawatan konsular untuk bertemu tahanan bagi memastikan kesejahteraan mereka selepas menerima maklumat terperinci dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, sebahagian besar individu ditahan dikenal pasti berasal dari Sabah dan Sarawak yang pergi ke Kemboja untuk mencari pekerjaan dan pemergian mereka ke negara berkenaan dikendalikan oleh sebuah agensi pekerjaan.

Sementara itu, Mohd Shafie ketika berucap berkata, kerajaan negeri mahu kerjasama antara semua kaum di Sabah diperkasa dan dipertahankan bagi terus mengekalkan keharmonian serta perpaduan rakyat selain memastikan pembangunan negeri lebih mampan.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan negeri akan terus komited memastikan kemajuan Sabah yang seimbang supaya semua rakyat termasuk di kawasan pedalaman boleh turut sama merasai semua aspek pembangunan seperti pendidikan dan infrastruktur.

“Kita perlu berkongsi segala pembangunan yang ada di Sabah demi kemakmuran rakyat. Saya juga berharap masyarakat Tionghoa di Sabah dapat memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan meningkatkan pembangunan infrastruktur terutama di daerah terpencil,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse