Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Fadil: Kadar kemalangan di Tawau tertinggi di Sabah

010219-tawau-5
SIMBOLIK… Fadil melakukan simbolik pelancaran Pelancaran Op Selamat XIV Tahun Baru Cina 2019 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Dunlop di sini kelmarin.

1st February, 2019

TAWAU: Kadar kemalangan maut di Tawau tertinggi di Sabah dan berada pada tahap membimbangkan yang memerlukan kesedaran semua pengguna jalan raya untuk mengatasinya, kata Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus.

Menurutnya, awal tahun ini sahaja sebanyak 128 kejadian kemalangan direkodkan dengan tiga daripadanya kemalangan maut dan enam kemalangan cedera parah.

“Pada tahun 2018 Tawau merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi daripada 20 daerah di Sabah iaitu 31 kes kemalangan maut dan pada tahun 2017 pun Tawau juga tertinggi kemalangan maut iaitu 35 kes.

“Walaupun menunjukkan penurunan tapi jumlah ini amat membimbangkan sebab itu kita cuba elakkan kemalangan maut dengan perlu meningkatkan kesedaran masyarakat ketika di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Op Selamat XIV Tahun Baru Cina 2019 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Dunlop di sini kelmarin.

Menurutnya, antara penyumbang berlaku kemalangan maut di daerah ini disebabkan pemandu mengabaikan had laju yang ditetapkan, tidak melakukan pemeriksaan kenderaan dan cuai ketika berada di jalan raya.

“Antara laluan yang merekodkan kemalangan maut jalan Tawau-Semporna dan Tawau-Kalabakan yang turut berpunca ekoran ketiadaan lampu jalan dan keadaan jalan raya yang rosak,” katanya.

Dalam masa sama beliau menasihatkan ibu bapa agar tidak sesekali membenarkan anak-anak bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu kenderaan kerana perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Masyarakat perlu memiliki kesedaran sebab itu kita lakukan kempen seperti ini dan sebenarnya kita bersama agensi penguatkuasa lain sentiasa dari semasa ke semasa melaksana program kesedaran mencegah kemalangan,” ujarnya.

Terdahulu beliau berkata kempen keselamatan jalan raya peringkat Tawau dilaksana selama dua minggu bermula 29 Januari sehingga 12 Februari sebagai salah satu usaha meminimumkan kadar kemalangan.

“Kempen ini juga bagi melancarkan perjalanan lalu lintas sepanjang musim perayaan,” katanya.-OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print