Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

MARA tidak ketinggalan jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat

180119-mara-4b
KENANGAN...Suhaimi bersama rombongan bergambar kenangan dengan warga PDK Keningau.

18th January, 2019

KENINGAU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak ketinggalan menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan sasar yang memerlukan.

Pengarah MARA Negeri Sabah Suhaimi Zainuddin berkata, walaupun MARA bergiat aktif dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan namun agensi ini juga memberi penekanan kepada program CSR.

“Sama ada diperingkat negeri dan daerah kita sentiasa untuk bersama-sama dengan komuniti dalam program berbentuk amal,” katanya semasa berucap pada lawatan amal MARA Negeri Sabah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Keningau di sini kelmarin.

Menurut Suhaimi lawatan itu diadakan sempema mesyuarat Eksekutif MARA Negeri Sabah yang diadakan di daerah ini.

Katanya, lawatan di PDK ini juga merupakan salah satu daripada Program CSR agensi kerajaan Persekutuan itu. Beliau turut berterima masih kepada PDK di sini kerana sudi menerima lawatan seramai 23 Pegawai dan kakitangan MARA Negeri Sabah termasuk pengarah dan timbalan-timbalan pengarah.

Dalam masa yang sama beliau berharap PDK Keningau dapat memainkan peranan bagi melatih dan mendidik pelatih mengikut program yang telah disediakan oleh pusat ini.

Katanya, ini amat penting agar para pelatih di pusat ini mendapat tempat dalam masyarakat dan turut menjadi penyumbang kepada pembangunan di negara ini.

Sementara itu Pengerusi PDK Keningau Puan Asnah Atoh, PDK Keningau telah beroperasi selama 25 tahun sejak 1994.

Katanya, setakat ini seramai 122 pelatih di berdaftar di mana 110 pelatih di pusat dan eelebihnya dirawat di rumah mana petugasnya 10 orang termasuk seorang penyelia.

“Program dan latihan asas yang diberi penekanan di pusat ini adalah kemahiran, pengurusan diri, pendidikan akademik” jelasnya.

Beliau berkata, mereka berjaya dalam pendidikan akademik akan dihantar di Sekolah Pendidikan Khas mengikut bidang masing-masing.

Di daerah ini katanya, mempunyai tiga sekolah yang menjalankan pendidikan khas iaitu SK Pasir Puteh, SMK Gunsanad dan Kolej Vokasional Keningau.

Hadir sama Timbalan pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Sabah Mohd Norwawi Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Negeri Sabah Mohd Norhisyam Bin Mahayuddin dan Pegawai-Pegawai MARA Daerah di Sabah dan Ahli Jawatankuasa PDK Keningau. -OLEH MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print
   
 
 
E-browse