Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

Henti eksport kayu balak usaha Sabah penuhi permintaan industri perkayuan

180119-lead-3
SHAFIE semasa lawatan ke Kilang Superwood Industries Sdn Bhd yang diiringi Pengarah Urusannya, Tan Peng Juan (kanan).

18th January, 2019

KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri Sabah menghentikan eksport kayu balak merupakan langkah yang diambil bagi memenuhi keperluan industri perkayuan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut beliau banyak kilang kayu di negeri ini berhadapan masalah mendapatkan bekalan kayu dan terpaksa mengimport dari Semenanjung untuk meneruskan operasi kilang mereka.

“Saya tahu dalam tempoh empat hingga lima tahun lepas banyak kilang kayu ditutup yang disebabkan tiada cukup bekalan kayu dan menyebabkan 800 pekerja diberhentikan.

Namun, saya yakin ini dapat diatasi dengan dasar Kerajaan Negeri Sabah tidak menggalakkan eksport kayu balak tetapi keutamaan diberikan kepada industri perkayuan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat dua kilang kayu di Telipok dekat sini, kelmarin.

Lawatan itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan dan Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri Azhar Matussin.

Pada Mei lepas, kerajaan negeri menghentikan sementara eksport kayu balak ke luar negara. Mohd Shafie berkata Sabah mempunyai bekalan kayu balak yang mencukupi untuk memenuhi keperluan industri perkayuan.

Katanya beliau telah mengarahkan agensi berkaitan khususnya Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah mengenal pasti spesies kayu yang industri perkayuan perlukan dan memastikan bekalan mencukupi disediakan.

“Bekalan kayu balak yang ada di negeri ini ada lebih daripada mencukupi tetapi jangan terlalu potong sangat kerana hidupan liar khususnya gajah juga memerlukan tempat perlindungan, katanya.

Mohd Shafie berkata memenuhi bekalan untuk keperluan industri perkayuan menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri baharu dan sedar usaha itu sedikit mengambil masa.

Menurutnya keutamaan kepada industri perkayuan ditumpukan kerana ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya golongan muda di negeri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse