Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

Orang ramai dijemput hadir MRT Tahun Baru Cina 2019

180119-tbc-2
POSTER … Christina (tiga kiri), Assaffal (tiga kanan), William (dua kiri), Janet (kiri) dan Nordin (dua dari kanan) bergambar bersama poster MRT tahun Baru Cina 2019.

18th January, 2019

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka (MRT) Tahun Baru Cina 2019 peringkat negeri pada 5 Feb depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Christina Liew berkata, seramai 5,000 orang dijangka akan menghadiri MRT yang julung kali dianjurkan oleh kerajaan negeri Sabah.

“Kita menjemput seluruh rakyat Sabah terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu untuk menghadiri dan meraikan MRT Tahun Baru Cina bersama-sama kepimpinan negeri di Dewan Hakka, Tanjung Lipat bermula pukul 10:00 pagi hingga 3 petang.

“Pelbagai acara kebudayaan dan hiburan telah dirancang bagi memeriahkan sambutan tersebut serta akan diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

“Selain itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib serta kepimpinan kerajaan negeri juga akan turut bersama-sama meraikan MRT Tahun Baru Cina kali ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tahun Baru Cina 2019 di Wisma Tun Fuad Stephens, petang kelmarin

Dalam pada itu, Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, perkhidmatan pengangkutan percuma turut disediakan di Kompleks Sukan Likas dan Sabah Trade Centre untuk ke Dewan Hakka.

“Bagi pengunjung yang hadir, mereka boleh memakir kenderaan di tempat yang telah disediakan dan menggunakan perkhidmatan bas ke lokasi majlis,” katanya.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Pembantu Menteri KePKAS, Assaffal @ Samsul Kamal P Alian; Setiausaha Tetap (SUT) KePKAS, William Raya; SUT Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Janet Chee Ken Liam dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MRT boleh melayari Facebook dan Twitter: Sabah Tourism Board atau hubungi 088-232 121.

   
Email Print
   
 
 
E-browse