Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kadazandusun Language Carnival to be held from May 2 |  Jellyfish warning signages put up |  Trade associations hope for policy that benefits employers, employees |  PBS pinopoimagon mingkakat id suang PRK Sandakan |  Juniors deliver full points |  Karnival Boos Kadazandusun ontok ko 2 Vuhan Kohimo |  Lawatan Penandaarasan KPKP SMK Takis Papar ke SMK Arshad, K-Belud |  MTDC plans to open I4.0 hub in Sabah |  Digi posts lower net profit of RM341.5 mln |  English Language programme empowers rural women to help kids in their studies |  'Hinava' kompilasi terbaharu lagu-lagu Kadazan |  Pemuliharaan ekosistem marin Taman Laut perlu diperkasa |  MTDC rancang buka pusat usahawan berteras IR4.0 di Sabah |  Perkhidmatan feri bawa pelancong Tawau-Semporna bakal beroperasi |  KDCA Keningau anjur Pesta Kaamatan 27 hingga 28 April | 
 Leisure

Baby Shima akui banyak saudara mara di Labuan

16th January, 2019

OLEH JAINUDIN DJIMIN

BINTANG finalis Big Stage, Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima mengakui mempunyai banyak saudara mara di Labuan, malah suaminya juga Mohd Afendie (Andy). orang Labuan.

“ Saya mempunyai banyak saudara mara di Labuan, malah suami saya yang juga pengurus saya pun berasal dari Labuan” katanya ketika ditemui New Sabah Times disini, pagi kelmarin.

Shima yang mula dikenali selepas menyanyikan lagu ‘RoadBlock Hatiku’ bersama kumpulan Floor 88 baru sahaja selesai membuat persembahan di Kota Kinabalu atas jemputan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah yang diadakan di Wisma Wanita Karamunsing Sabah, pada Isnin.

“Sebelum balik ke Kuala Lumpur saya bersama suami mengambil kesempatan ke Labuan untuk menziarahi saudara mara di sini dan esok (hari ini) kami akan balik ke Kuala Lumpur” katanya.

Selain menyanyi, Shima, 26, baharu sahaja selesai membuat pengembaraan ‘telemovie’ filem seram yang berjudul ‘Tantiana’ terbitan NHF Production yang dijangka akan ditayangkan pada hujung bulan Febuari ini.

“Saya baharu sahaja selesai membuat penggambaran telemovie berjudul ‘Tantiana’ dan kini dalam proses akhir penyuntingan yang dijangka akan di tayangkan awal bulan depan” katanya.

Dia berkata, dalam filem itu dia melakunkan watak sebagai perempuan yang jahat (antagonis) bernama Monalisa bergandingan dengan Noralbaniah dan artis Raja Lawak, Abam Bocey dan Zalif Sidek.

Nama Baby Shima mula meledak ketika menyertai program D’Academy Asia 3 anjuran Indosiar terutamanya membabitkan babak dia dimarahi Mas Idayu menjadi viral.

   
Email Print
   
 
 
E-browse