Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Keewon siap single lagu sentuhan Ateng |  Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka hari ini |  15 suspek berjaya ditahan AADK Keningau dalam Ops Cegah |  'MA63 realisation important towards strengthening Malaysia' |  UMS, YL4S ganding bahu capai ‘Zero Plastic Heroes’ |  Allow equal rights to confer nationality on spouses and children: JAG |  “We can recover in three years” |  'Minister should leave Water Dept Director appointment up to AGC' |  Yong: Water supply disruptions not due to dry weather but incompetence |  Commendable outing for Labuan ruggers |  Sabah silat exponents set three-gold target |  Sabah Para swimmers rule |  R10,000 sakadai kumaa PVATM laan Kota Belud |  Airbus' sourcing activities in Malaysia to reach US$550 mln |  Good paying jobs await spa therapy grads | 
 BM

Lelaki cedera di perut ditikam kejadian samun

12th January, 2019

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU : Seorang lelaki cedera di perut kirinya dan paha kanan dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian samun di kediamannya di Felda Sahabat, dekat sini, kira-kira pukul 11 malam kelmarin (Khamis).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku semasa mangsa warga tempatan yang berumur 31 tahun itu sedang tidur di ruang tamu manakala isteri dan dua anaknya berada di bilik utama rumah tersebut.

Beliau berkata, menurut isteri mangsa, dia hanya mendengar suara suaminya itu meminta membuka pintu sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah.

“Sejurus selepas itu, isteri mangsa kemudian terus meminta pertolongan kepada jiran untuk membawa mangsa ke klinik Kesihatan Felda Sahabat 16 bagi mendapatkan rawatan awal.

“Seterusnya mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan Stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu Nasri berkata, siasatan di tempat kejadian menjumpai senjata yang disyaki digunakan suspek sementara dua telefon bimbit juga dipercayai telah hilang.

Sehubungan itu katanya lagi, suspek kini sedang giat dikesan dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga mendatangkan kecederaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse