Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM minanaan 10 modidikot aiso kasagaan (PATI) |  SK Sualok id Beluran kakal pointutub |  194 monginsada nokotimo sakadai 'Touch Point' kihoogo RM232,000 |  MARA tidak ketinggalan jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat |  Henti eksport kayu balak usaha Sabah penuhi permintaan industri perkayuan |  Orang ramai dijemput hadir MRT Tahun Baru Cina 2019 |  Ketua Hakim cadang kerajaan audit undang-undang berkaitan hak pribumi |  Carlsberg brings best shopping experience |  Unity for better business opportunities |  Tournament to raise funds for ex-State player |  Preparations smooth despite limited budget – Peter |  Timber exports stopped to meet needs of local factories |  Missing elderly woman found unharmed |  Rights of Indigenous people ignored – CJ |  Dr Jeffrey questions if State A-G was consulted before water concessions termination | 
 BM

55 rumah setinggan musnah terbakar di Putatan

12th January, 2019

KOTA KINABALU: Sebanyak 55 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan dekat sini tengah hari kelmarin.

Turut musnah dalam kebakaran itu beberapa kenderaan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, keluasan keseluruhan kawasan rumah setinggan terbakar itu adalah kira-kira empat hektar.

Laporan kebakaran diterima pada 12.53 tengah hari dan api sukar dikawal disebabkan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat, kata kenyataan itu.

Operasi terkawal pada 3.14 petang dan api dipadam sepenuhnya pada 4.32 petang.

Seramai 40 pegawai dan anggota bomba dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Penampang terlibat dalam operasi memadamkan api menggunakan enam jentera dan sebuah kenderaan EMRS. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat .

Difahamkan para pelajar di Sekolah Rendah Putatan tidak jauh dari kejadian kebakaran itu berlaku diarahkan pulang awal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse