Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM minanaan 10 modidikot aiso kasagaan (PATI) |  SK Sualok id Beluran kakal pointutub |  194 monginsada nokotimo sakadai 'Touch Point' kihoogo RM232,000 |  MARA tidak ketinggalan jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat |  Henti eksport kayu balak usaha Sabah penuhi permintaan industri perkayuan |  Orang ramai dijemput hadir MRT Tahun Baru Cina 2019 |  Ketua Hakim cadang kerajaan audit undang-undang berkaitan hak pribumi |  Carlsberg brings best shopping experience |  Unity for better business opportunities |  Tournament to raise funds for ex-State player |  Preparations smooth despite limited budget – Peter |  Timber exports stopped to meet needs of local factories |  Missing elderly woman found unharmed |  Rights of Indigenous people ignored – CJ |  Dr Jeffrey questions if State A-G was consulted before water concessions termination | 
 BM

Sasad keluaran Keningau hasilkan tapai berkualiti di Sabah

12th January, 2019

KENINGAU: Minuman tapai (arak beras) yang dihasilkan di daerah ini oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) terkenal di Sabah kerana ramuan ‘sasad’ atau ragi yang berkualiti.

Menghasilkan tapai yang berkualiti tidak semudah seperti yang difikirkan kerana ia memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam menyediakan ramuan asas seperti beras serta sasad sebagai bahan pencerna.

“Ia sangat rumit kerana pembuat sasad harus mematuhi beberapa pantang larang. Jika pantang larang tidak dipatuhi, sasad tidak akan menghasilkan tapai yang berkualiti…tapai itu kemungkinan bertukar asam (masam) dan tidak boleh digunakan,” kata seorang pembuat tapai, Juraidah Jauhin, 36, kepada Bernama di sini.

Menurut Juraidah, antara pantang larang yang wajib dipatuhi sebelum menyiapkan sasad ialah pembuat dilarang menyentuh segala buah-buahan yang masam, selain tidak boleh diganggu atau terlibat dalam sebarang situasi tegang seperti bertengkar sekurang-kurangnya seminggu sebelum sasad itu diproses.

Juraidah berkata menurut kepercayaan etnik KDM, amalan ritual wajib dilakukan oleh pembuat tapai untuk menghasilkan sasad yang berkualiti.

“Sasad yang terbaik adalah rahsia utama untuk menghasilkan tapai yang berkualiti…sasad terbaik di Sabah hanya boleh diperoleh di daerah ini,” katanya.

Juraidah yang turut membuat dan menjual sasad berkata, bahan itu laris dijual di daerah ini khususnya menjelang Pesta Kaamatan, Krismas dan setiap hujung tahun.

“Menjelang perayaan pesta Kaamatan, saya memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan tetapi pada bulan-bulan biasa pendapatan sekitar RM1,300. Pendapatan ini cukup memadai untuk keluarga kecil seperti saya,” kata ibu kepada seorang anak itu.

Juraidah yang mewarisi kepakaran membuat sasad daripada nenek moyangnya berkata setiap sebiji sasad seberat 300 gram dijual pada harga RM3 sebiji.

Selain itu, beliau juga berniaga beras di pasar minggu Keningau yang memberi pendapatan sehingga RM7,000 sebulan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse