Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM minanaan 10 modidikot aiso kasagaan (PATI) |  SK Sualok id Beluran kakal pointutub |  194 monginsada nokotimo sakadai 'Touch Point' kihoogo RM232,000 |  MARA tidak ketinggalan jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat |  Henti eksport kayu balak usaha Sabah penuhi permintaan industri perkayuan |  Orang ramai dijemput hadir MRT Tahun Baru Cina 2019 |  Ketua Hakim cadang kerajaan audit undang-undang berkaitan hak pribumi |  Carlsberg brings best shopping experience |  Unity for better business opportunities |  Tournament to raise funds for ex-State player |  Preparations smooth despite limited budget – Peter |  Timber exports stopped to meet needs of local factories |  Missing elderly woman found unharmed |  Rights of Indigenous people ignored – CJ |  Dr Jeffrey questions if State A-G was consulted before water concessions termination | 
 BM

PPM lakukan 1,439 tangkapan seluruh perairan negeri sepanjang tahun lalu

12th January, 2019

OLEH MARLINA MACPEE

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah telah berjaya menghasilkan sebanyak 1,439 kes tangkapan di seluruh perairan negeri ini bagi sepanjang tahun 2018, dengan melibatkan nilai rampasan mencecah RM18.7 juta.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali, berkata kes-kes yang dihasilkan itu adalah merangkumi kesalahan di bawah beberapa akta seperti Akta Kastam 1967, Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Merbahaya 1952, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan ATIPSOM 2007 (pindaan 2010) dan akta lain.

Menurut Pajeri, seramai lebih 800 anggota dan pegawai PPM Wilayah 4 telah ditempatkan di seluruh negeri ini untuk menjaga keselamatan negara dengan kekuatan aset sebanyak 89 buah.

Sehubungan itu katanya, tahun 2018 merupakan tahun yang begitu mencabar bagi PPM Wilayah 4 kerana menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Ini termasuk memastikan penugasan yang dirancang dan diperhalusi bersama Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diterajui Komandernya DCP Dato’ Hazani Ghazali agar sentiasa mendapatkan maklum balas positif yang baik untuk masyarakat maritim pesisir pantai khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan PPM Wilayah 4 dan Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis, yang berlangsung di Markas Operasi Pangkalan Polis Marin Semporna, di sini, semalam (Jumaat).

Dalam pada itu, bercakap mengenai perancangan PPM pada tahun ini, ACP Mohamad Pajeri berkata, PPM Wilayah 4 menggariskan tiga perkara utama iaitu pengoperasian yang akan dilaksanakan secara Bersepadu bersama jabatan-jabatan kerajaan dan negeri yang lain seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah(JPDS).

Katanya lagi, beliau juga berperanan memastikan aturgerak botronda yang beroperasi dicapai dengan baik selain meningkatkan lagi tangkapan kes-kes menarik di perairan negeri ini selari dengan tanggungjawab PPM menerusi aspek ‘Maritime Security’ dan ‘Maritime Laws Enforcement’.

   
Email Print
   
 
 
E-browse