Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Keewon siap single lagu sentuhan Ateng |  Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka hari ini |  15 suspek berjaya ditahan AADK Keningau dalam Ops Cegah |  'MA63 realisation important towards strengthening Malaysia' |  UMS, YL4S ganding bahu capai ‘Zero Plastic Heroes’ |  Allow equal rights to confer nationality on spouses and children: JAG |  “We can recover in three years” |  'Minister should leave Water Dept Director appointment up to AGC' |  Yong: Water supply disruptions not due to dry weather but incompetence |  Commendable outing for Labuan ruggers |  Sabah silat exponents set three-gold target |  Sabah Para swimmers rule |  R10,000 sakadai kumaa PVATM laan Kota Belud |  Airbus' sourcing activities in Malaysia to reach US$550 mln |  Good paying jobs await spa therapy grads | 
 BM

Pelajar sekolah sebagai mata dan telinga polis: Muhamad Farid

110119-lead-6
PERJUMPAAN .… Muhamad Farid (tengah) bersama Ismail (lima dari kiri) ketika program perjumpaan bersama warga sekolah SMK Labuan di dewan Mutiara sekolah itu baru-baru ini.

11th January, 2019

Oleh JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Pelajar sekolah peringkat menengah khususnya boleh bertindak sebagai mata dan telinga pihak polis dengan memberi maklumat berkaitan kegiatan-kegiatan tidak sihat yang berlaku di sekitar sekolah.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohamad Farid Ahmad berkata, kegiatan tidak sihat yang berlaku di perkarangan sekolah perlu dibanteras lebih awal agar murid-murid yang terlibat tidak terjerumus dalam kegiatan yang merosakkan masa depan mereka.

Justeru itu, pelajar juga menjadi sebahagian daripada mata dan telinga polis dengan memberikan maklumat yang betul apabila berlakunya kegiatan yang tidak sihat di sekolah.

“Pihak polis akan sentiasa membantu pihak sekolah dari segi pencegahan dan pembangunan diri murid-murid kerana itu merupakan sebahagian daripada sumbangan pihak polis kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program perjumpaan dengan warga SMK Labuan pada hari pertama persekolahan, baru-baru ini.

Muhamad Farid turut menasihatkan para pelajar perlu mempunyai kekuatan untuk menghindarkan diri daripada risiko dan pengaruh yang tidak sihat daripada rakan-rakan sebaya.

Jelasnya, kesilapan dalam membuat pertimbangan akan menjejaskan tumpuan pelajaran untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Sementara itu, Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata, pihak sekolah sangat menghargai komitmen pihak IPD membantu sekolah dalam hal berkaitan pencegahan jenayah dan aktiviti-aktiviti tidak sihat dalam kalangan murid SMK Labuan.

“Pihak sekolah telah mewujudkan medium komunikasi whatsapp bersama pegawai perhubungan polis untuk memudahkan penyaluran maklumat daripada kedua-dua pihak.

Beliau turut berharap kerjasama yang diadakan akan dapat membantu memudahkan usaha sekolah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Dalam perkembangan yang lain, Muhamad Farid ketika bercakap kepada media berkata, pihak polis Wilayah Persekutuan Labuan telah menggariskan tiga hala tuju utama untuk dicapai sepanjang tahun 2019.

Katanya tiga garis panduan itu membabitkan memerangi jenayah pendatang tanpa izin, mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan kecekapan anggota di semua peringkat.

Pada masa yang sama pihaknya juga akan terus meningkatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menjaga keselamatan harta benda masing-masing.

“Kami juga akan meningkatkan kualiti maklumat menggunakan modul Central Criminal Intelligence Unit (CCIU) secara menyeluruh melibatkan semua anggota dan pegawai” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse