Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Murid warganegara tanpa dokumen boleh teruskan pelajaran di sekolah

110119-lead-2
CENDERAHATI … Mistrine (lima kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (lima kanan).

11th January, 2019

KOTA KINABALU: Murid warganegara tanpa dokumen boleh diterima masuk meneruskan pelajaran di sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mistrine Radin berkata, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut boleh memohon dengan mengisi borang Murid Warganegara Tanpa Dokumen (MWTD) di setiap Jabatan Pendidikan Daerah masing-masing.

“Borang berkenaan perlulah disahkan oleh Ketua Kampung di tempat pemohon tinggal yang boleh mengesahkan bahawa anak itu adalah anak kepada warganegara berkenaan.

“Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah untuk menyekolahkan anak yang warganegara tanpa dokumen, mereka boleh datang berjumpa dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di Pejabat Pendidikan Daerah berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

“Yang paling penting, ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang MWTD sebagai dokumentasi anak tersebut bersekolah,” katanya kepada pemberita.

Mistrine juga berkata, pihaknya akan mengadakan program jangkauan ke setiap daerah bagi memberi pendedahan dan taklimat kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Hj Mahiruddin di Istana Negeri, pagi kelmarin.

   
Email Print
   
 
 
E-browse