Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM minanaan 10 modidikot aiso kasagaan (PATI) |  SK Sualok id Beluran kakal pointutub |  194 monginsada nokotimo sakadai 'Touch Point' kihoogo RM232,000 |  MARA tidak ketinggalan jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat |  Henti eksport kayu balak usaha Sabah penuhi permintaan industri perkayuan |  Orang ramai dijemput hadir MRT Tahun Baru Cina 2019 |  Ketua Hakim cadang kerajaan audit undang-undang berkaitan hak pribumi |  Carlsberg brings best shopping experience |  Unity for better business opportunities |  Tournament to raise funds for ex-State player |  Preparations smooth despite limited budget – Peter |  Timber exports stopped to meet needs of local factories |  Missing elderly woman found unharmed |  Rights of Indigenous people ignored – CJ |  Dr Jeffrey questions if State A-G was consulted before water concessions termination | 
 BM

Tarif air tidak akan dinaikkan

110119-lead-1
POTONG KEK … Mohd Shafie Apdal bersama Madius (tiga, kiri), Dr Yusof (dua, kiri), Junz Wong (dua, kanan), Jenifer (kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru, Ewon (tiga, kanan) di Kampung Taginambur kelmarin.

11th January, 2019

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air, sebaliknya tumpuan diberikan untuk memastikan lebih banyak kampung menerima bekalan air terawat.

Justeru, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beberapa tindakan telah diambil termasuk melakukan penstrukturan di Jabatan Air Negeri Sabah.

“Jabatan ini memberi keutamaan untuk mentadbir urus bekalan air terawat. Tiada gunanya menaikkan tarif air jika masih banyak lagi kampung tidak menerima bekalan air terawat.

Penting memastikan usaha ini dapat kita lakukan. Saya yakin hanya menerusi pengurusan baik termasuk mengelak ketirisan dan memastikan supaya masalah menyebabkan kehilangan sumber dapat diatasi,” katanya kepada pemberita selepas hadir di sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2019 Dewan Undangan Negeri Kadamaian di Kampung Taginambur dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan beberapa negeri menaikkan tarif air.

Mohd Shafie berkata penstrukturan dan tadbir urus baik di Jabatan Air Negeri Sabah itu telah meningkatkan hasil mata pendapatan jabatan berkenaan.

Katanya kerajaan negeri juga mahu memastikan bekalan air terawat di negeri ini mencukupi dengan meningkatkan kemudahan di loji air bagi memastikan bekalan air dapat disambungkan ke kampung yang belum menerima kemudahan itu.

Mengenai penyelenggaran jalan raya di negeri ini, Mohd Shafie berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri meneliti kerja penyelenggaraan jalan raya yang selalu mengalami kerosakan.

Katanya masalah ini berlarutan dan kerosakan jalan raya ini turut menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

“Landasan dan peraturan dari segi perundangan digunakan untuk memastikan jalan raya yang berlubang dan ditampal bertahan lama, bukannya rosak semula dalam tempoh sebulan hingga tiga bulan,” katanya.

Menurutnya kerajaan negeri juga melihat jika kerja penyelenggaraan jalan raya dapat dilakukan sendiri oleh JKR berbanding pada masa sekarang dilakukan oleh syarikat.

“Kita sedar kapasiti JKR terbatas sebab itu kita minta JKR membuat penelitian agar penyelenggaraan jalan raya ini dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan beratus juta ringgit untuk kerja penyelenggaraan jalan raya di negeri ini.

Turut hadir di majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Madius Tangau, Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong , Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang (kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru Dewan Undangan Negeri Kadamaian oleh Anggota Dewan Undangan Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick di Kampung Taginambur.

   
Email Print
   
 
 
E-browse