Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
CM plays down video of him criticising Bersatu |  Tourist turns to prostitution to buy flight ticket home |  Saga qualifiers completed on schedule |  Win or bust for Tambadau! |  Tinan modingkohodtong nokito id Pulou Mengalum |  RM170 lizong popobuu sistom solar hibrid id Sugut om Paitan |  Konvoi Tadau Kabansaan JaPen pinoungkayut id Ranau |  Metropot Bistro and Café unveils two exciting menus |  Diploma in Aircraft Maintenance Technology to start in Dec with 50 Sabahan students |  Forging cross-cultural connections, prospective networking via ELT |  Upcycling used materials: Students build beach facilities for public park |  Increased RM1 million allocation for City Hall’s waste management |  Principal unit trust funds available on EPF i-Invest online platform |  Serba Dinamik net profit soars RM130.44 mln |  Orang ramai diminta salur maklumat kes langgar lari penunggang motosikal di Tenom | 
 EDUCATION

FSSA anjur Karnival Jelajah Sains 2019 di Ranau Feb ini

10th January, 2019

KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menganjurkan Karnival Jelajah Sains 2019 (KJS 2019) yang akan melibatkan pelajar sekolah di sekitar daerah Ranau pada 22 hingga 24 Februari ini.

Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSSA, Dr. Mohd Sani Sarjadi, KJS 2019 mensasarkan sekurang-kurangnya penyertaan dari 11 buah sekolah di sekitar daerah Ranau.

“Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap aliran Sains dan Teknologi yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan tinggi secara amnya, dan di FSSA secara khusus dan seterusnya mendukung prinsip Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Bersepadu.

“Di samping itu, karnival ini memberi pendedahan secara terus kepada para pelajar melalui perkongsian maklumat serta aktiviti menarik yang diadakan melibatkan pelajar prasiswazah serta pensyarah dari 14 buah program yang terdapat di FSSA,” katanya.

Dr. Mohd Sani berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama pihak pentadbir SMK Ranau bagi membincangkan perancangan karnival tersebut baru-baru ini.

Ujar beliau, 14 program itu adalah program Akuakultur (HS27), Bioteknologi (HG07), Geologi (HS21), Sains Marin (HS40), Sains Sekitaran (HS11), Kimia Industri (HS07), Matematik dengan Ekonomi (HS08), Matematik dengan Komputer Grafik (HS09), Fizik dengan Elektronik (HS22), Perhutanan Tropika Antarabangsa (HG19), Teknologi dan Industri Kayu (HY11), Ladang Hutan dan Perhutani (HG23), Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi (HG20) dan Biologi Pemuliharaan (HS03).

“Justeru, diharapkan KJS 2019 ini akan memberikan impak serta manfaat kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar Daerah Ranau untuk mengenali serta memahami kepentingan Sains dan Teknologi yang semakin berkembang pada ketika ini,” ujar beliau.

Terdahulu, beliau bersama 10 delegasi FSSA, antaranya Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FSSA, Dr. Jahimin Asik dan Pengarah KJS 2019, Wilter Malandi @ Azwal Aziz serta jawatankuasa utama KJS 2019 telah mengadakan lawatan kerjasama ke SMK Ranau serta mengadakan pertemuan dengan Pengetua SMK Ranau, Barizah Mohd Kahar dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ranau, Latri Labugan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse