Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 Leisure

Nafisha'A Boutique kini luaskan empayar bidang fesyen Muslimah

10th January, 2019

KOTA KINABALU: Nafisha’A Boutique kini meluaskan empayarnya dalam bidang fesyen yang berkonsepkan Muslimah apabila berjaya membuka sebuah lagi butik terbaharu dinamakan sebagai Nafisha’A Boutique Exclusive.

Terletak di KK Plaza, pastinya Nafisha’A Boutique Exclusive memenuhi impian dan permintaan setiap wanita Muslimah kerana koleksinya pelbagai dan mengutamakan aspek kualiti bermutu tinggi berbanding kuantiti.

Apatah lagi koleksi Nafisha’A Boutique merupakan ‘Limited Edition’ seperti baju glamor, kasual, kurung moden, tudung Muslimah dan banyak lagi.

Yang menariknya pula, Nafisha’A Boutique Exclusive juga menyediakan kemudahan bilik solat yang lengkap dengan kemudahan berwudhuk untuk yang beragama Islam apabila berkunjung ke KK Plaza di mana terletaknya Nafisha’A Boutique Exclusive ini beroperasi.

Satu Majlis Perasmian Pembukaan Butik Terbaharu Nafisha’A Boutique Exclusive KK Plaza dan Sambutan Ulangtahun Ke-3 Nafisha Boutique Wawasan Plaza telah berlangsung dengan jayanya di ruang legar pusat membeli-belah KK Plaza itu baru-abru ini.

Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri Sabah, Azhar Datuk Haji Matusin menjadi tetamu kehormat untuk menyempurnakan perasmian yang gilang-gemilang ini.

Hadir sama mantan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai; Puan Anis dan suami iaitu Awang Samsudin pemilik Nafisha’A Boutique Exclusive serta para tetamu jemputan termasuk hadirin.

Terdahulu dari itu, Azhar mengucapkan syabas dan tahniah atas pelancaran Nafisha’A Boutique Exclusive yang merupakan cawangan kedua dan menyediakan pakaian Muslimah mengikut trend masa kini.

“Apa yang menariknya butik ini adalah, mereka menyediakan ruangan solat yang lengkap dengan kemudahan berwudhuk di samping banyak promosi juga diadakan sempena pelancaran yang gilang-gemilang ini,” kata beliau berucap menyempurnakan pembukaan Nafisha’A Boutique Exclusive itu.

Dalam pada itu, Puan Anis pula memberitahu bahawa Nafisha’A Boutique ditubuhkan pada 2 November 2016 bertempat di Wawasan Plaza, berkonsepkan pakaian Muslimah.

Menurut beliau, nama Nafisha’A itu sendiri adalah idea daripada gabungan nama dari tiga orang anaknya iaitu Nana, Fifi dan Shasha.

“Dengan berbekalkan modal hasil titik peluh bersama suami tercinta, ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sehingga Nafisha’A Boutique mampu meluaskan empayar dengan membuka satu lagi butik terbaharu yang dinamakan Nafsha’A Boutique Exclusive yang telah beroperasi di KK Plaza ini,” jelasnya.

Harapan Puan Anis misi dan matlamat untuk memperluaskan fesyen yang berkonsepkan Muslimah di pasaran tempatan tercapai hasil dari sokongan semua pihak.

Beliau yakin bahawa dengan menjalankan perniagaan pakaian Muslimah ini dapat memenuhi permintaan orang ramai yang lebih cenderung meminati pakaian yang menutup aurat dengan perkembangan fesyen terkini.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu menjayakan sambutan Majlis Perasmian ini terutama sekali kepada pihak KK Plaza kerana sudi menaja lokasi perasmian pada hari ini.

“Kepada pihak penaja, KK Plaza, Ming Garden, Fashion Designer Indah Collection. Seramai 8 MUA yang profesional dan 19 model yang gorgeous serta Event Planner yang profesional iaitu Encik Didie dan Encik Izam, pasukan dan krew Nafisha’A Boutique Exclusive,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse