Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 ECO

Leonardo penyu kesembilan dipulihkan di Mabul

9th January, 2019

SEMPORNA: Seekor lagi penyu hijau yang bernama Leonardo dilepaskan semula ke laut setelah dipulihkan di Pusat Pemuliharaan Penyu, Mabul

Leonardo menghabiskan empat bulan untuk pulih setelah ditemui di air cetek di Pulau Pom Pom di sini dengan keadaan lesu, kurus dan diliputi alga dan teritip kecil.

Khamis lepas , para penyelidik WRU dengan dibantu oleh SJ SEAS, melakukan pemeriksaan terakhir termasuk mengambil berat, pengukuran dan penandaan sebelum Leonardo dibebaskan kembali ke laut dengan keadaan sihat dengan dua kilogram lebih berat daripada mula-mula ditemui.

Pusat pemuliharaan itu dikendalikan oleh Skuba Junkie SEAS (SJ SEAS) Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD).

Pengurus Pemuliharaan SJ SEAS, David McCann berkata sembilan ekor penyu berjaya dipulihkan di pusat pemuliharaan itu sejak dua tahun lepas.

“Sangat lega apabila melihat Leonardo berenang ke laut lepas… menjaga haiwan yang sakit dan cedera bukan mudah, kami mempelajarinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Kami berterima kasih kepada pasukan veterinar dan warden SWD kerana kerja keras mereka untuk menjaga semua hidupan liar di Sabah, kami gembira dapat bekerja dengan mereka untuk terus melindungi spesies terancam dan ikonik ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah SWD, Dr Sen Nathan berkata WRU dan SJ SEAS adalah contoh cemerlang di mana kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan sektor perniagaan boleh bekerjasama untuk melindungi biodiversiti dan hidupan liar yang luar biasa di Sabah.

“Walaupun berada di bawah bimbingan dan arahan doktor haiwan WRU, penjagaan sehari-hari penyu di unit pemulihan itu berada di bawah jagaan ahli biologi laut yang mengendalikan SJ SEAS,” katanya.- Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse