Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 EDUCATION

Kolokium Pascasiswazah FPEP bantu tingkat kelancaran pengajian PhD dan Ijazah Sarjana pelajar UMS

28th December, 2018

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS mengambil inisiatif meningkatkan kelancaran pengajian doktor falsafah dan sarjananya dengan menganjurkan Kolokium Pascasiswazah FPEP 2018 baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr Kamisan Pusiran menjelaskan, objektif kolokium tersebut bagi menyemarakkan budaya berkongsi pengalaman awal mengenai penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan pelajar.

“Ini penting bagi mengekalkan momentum pengajian yang positif, sekali gus akan menyuntik keyakinan pelajar untuk terus konsisten dalam pengembaraan penyelidikan mereka.

“Melalui kolokium ini, kaedah pembentangan yang digunakan berbentuk penerangan ringkas selama tiga minit mengenai kajian yang dijalankan dan perkembangan semasa pengajian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof Dr Rasid Mail ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, adalah amat penting bagi pelajar pascasiswazah mengamalkan disiplin berada dalam kampus sambil mengikuti sebanyak mungkin sesi-sesi akademik berkaitan seperti kolokium yang diadakan.

“Secara tidak langsung para pelajar akan dapat memastikan proses pengajian mereka berjalan lancar dan pelbagai input baharu diperoleh bagi memperkemaskan lagi tesis mereka,” katanya.

Terdahulu, Dekan FPEP, Prof Madya Dr Raman Noordin ketika menyampaikan ucapan aluan berkata, penganjuran program seumpama ini secara tidak langsung memberi manfaat besar kepada pelajar dan penyelia pelajar tersebut.

“Kolokium ini tidak hanya mampu memberi galakan bukan sahaja kepada para pelajar bahkan juga kepada para penyelia pelajar mengenai nilai tambah yang perlu dilakukan kepada tesis pelajar masing-masing setelah mendengar sendiri pembentangan kelompok yang dihadiri.

“Kesediaan para pelajar untuk membentang di fasa kelulusan Cadangan Kajian dan viva-voce juga dapat ditentukan dan diperbaiki menerusi prestasi di kolokium ini,” ujar beliau.

Seramai 120 orang pelajar mengambil bahagian dalam Kolokium siri pertama yang merupakan program perintis yang diperkenalkan oleh FPEP bagi meneruskan usaha fakulti menghasilkan graduan Doktor Falsafah dan Sarjana yang berkualiti dari UMS.

   
Email Print
   
 
 
E-browse