Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

Bahasa ibunda perlu dipertahankan, kata Welly

7th December, 2018

SIPITANG: Bahasa ibunda perlu dipertahankan agar ia tidak pupus dalam arus pembangunan perdana dan boleh dituturkan oleh generasi akan datang.

Pengerusi Persatuan Tujuh Jurusan Keluarga Pahlawan Ontoros Antenom (PUSAKA) Welly Sinawat Antakah berkata, mempertahankan bahasa bukanlah mudah pada masa ini kerana kebanyakan pertuturan harian di kalangan keluarga menggunakan bahasa Melayu.

Katanya, penggunaan bahasa Melayu atau bahasa lain tidak ditegah kerana lebih banyak bahasa yang diketahui memudahkan individu berkenaan berkomunikasi dengan suku-suku yang lain.

Tetapi katanya, bahasa ibunda perlu diberi keutamaan kerana bahasa adalah pengenalan bagi sesuatu suku kaum.

“Sebagai contoh katanya, jika seseorang itu suku Murut ia boleh dikenali apabila ia bertutur dalam bahasa ibundanya sendiri tetapi jika ia tidak boleh bertutur dalam bahasa ibundanya sendiri orang lain akan menyangka ia bukan suku Murut” katanya semasa berucap merasmikan Kursus Penulisan Kamus anjuran Biro Penerbitan dan Publisiti dengan kerjasama Biro Pendidikan PUSAKA di Dewan Perpustakaan di sini pada Selasa.

Kursus itu dikendalikan oleh seorang penulis dari suku kaum Lundayeh Ricky Yakub Ganang yang sudah menghasilkan Kamus Bahasa Lundayeh – Bahasa Inggeris dan beberapa buah buku dalam bahasa Lundayeh.

Beliau berkata, pada masa ini kebanyakan keluarga lebih cenderung menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan di rumah berbanding bahasa ibunda mereka sendiri.

“Jika amalan ini berterusan tidak mustahil bahasa i4bunda, contohnya bahasa Murut akan pupus dan tidak lagi ditutur oleh suku ini pada masa akan datang. Ini amat membimbangkan” tegasnya.

Mengenai dengan Kursus Penulisan Kamus itu Welly berkata, ia adalah persediaan PUSAKA untuk menghasilkan Kamus Bahasa Murut – Bahasa Melayu.

Katanya, penulisan kamus itu dijangka bermula Januari tahun depan.

Beliau berkata, penulisan kamus ini adalah sebagai langkah untuk mempertahankan bahasa Murut dan sebagai panduan generasi akan datang. -Oleh: MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print
   
 
 
E-browse