Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

10 usahawan wanita terima anugerah AIM

7th December, 2018

RANAU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daerah ini dan Kundasang lahirkan lebih ramai Usahawan Wanita berjaya telah terbukti, apabila seramai 10 orang telah menerima anugerah sempena program Himpunan Usahawan AIM di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Para penerima Anugerah Usahawan AIM dari Ranau ialah, Rutinah Esun dari Pusat Nur Nilam Sari Blok Singgaron, Siti Dina Zainin dari Pusat Cinta Agung Blok Perancangan, Yusenra @ Nera Jahamin dari Pusat AL-Ikhwan Blok Lohan dan Nurul Alwani Binti Ahidi dari Pusat Ijtahadah Blok Pekan.

Yang lain ialah Supiah Binti Ubang dari Pusat Nur Insyirah manakala lima dari Kundasang ialah.Japidah Binti Pinsin Haidin dari pusat Nadim Najihah, Rosnani Muhailin dari Pusat Ukhuwah Islamiyah, Jalihah Siti Zalihah Daimin dari pusat Muslimah Berwawasan, Juuini Binti Sabut dari pusat Wanita Nabalu dan Rahmah Jaya dari Pusat Sirathul Mustakim.

Para penerima merupakan yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang yang diceburi dan penglibatan aktif dalam aktiviti Sahabat AIM di kawasan masing-masing.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan dihadiri lebih seribu ahli Sahabat AIM Ranau-Kundasang.

Jonathan dalam ucapannya, memuji kepimpinan serta komitmen semua ahli AIM dari dua kawasan terlibat kerana berjaya menganjurkan program Himpunan Usahawan sebagai motivasi dan dorongan untuk terus mempertingkatkan penglibatan aktif para ahli khususnya usahawan wanita dalam menjana pendapatan keluarga.

Menurutnya, perhimpunan itu juga merupakan gelanggang yang sesuai untuk usahawan wanita yang telah berjaya bergelar Usahawan untuk berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli kelab yang lain.

“Saya benar-benar mengharapkan agar ruang dan peluang ini dapat memupuk perpaduan dan permuafakatan kalangan ahli tanpa mengira suku kaum, agama dan ideologi politik untuk maju dalam bidang perniagaan kerana apabila aktiviti perniagaan rancak maka pembangunan akan lebih bersemarak menjana pendapatan keluarga dan menyumbang ekonomi negara.

“Saya positif dan percaya yang Aspirasi KUSAIR untuk memperkasa wanita adalah wajar dan berjaya merancang yang terbaik demi faedah diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara”, jelas Jonathan.

Terdahulu, Pengarah Operasi AIM Zon Pantai Barat Sabah, Hajah Noraizan Abd.Gaffar dalam ucapannya, memaklumkan sepanjang tahun 2018 AIM Ranau-Kundasang telah diperuntukkan berjumlah RM18 Juta untuk kemudahan pinjaman daripada ahli dan mendapati para ahli dari Kundasang adalah yang terbaik kerana seratus peratus telah berjaya membayar balik pinjaman bagi mengurus perniagaan dan membiayai persekolahan anak-anak sehingga ke menara gading.

“Tahniah kepada para ahli yang berjaya membayar pinjaman dengan jayanya”, jelasnya.

Turut berucap ialah, Pengarah program Himpunan, Rahmah Jaya, sementara hadir sama ialah Pengurus Cawangan AIM Ranau, Adeli Abat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh para ahli AIM, Lafaz Ikrar AIM, penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan diakhiri dengan cabutan Pengunjung Bertuah menawarkan hadiah berupa barangan hamper, barangan letrik dan cabutan bertuah ‘Grand Prize’ dengan hadiah sebuah kereta.

   
Email Print
   
 
 
E-browse