Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

ESSCOM siasat juragan bot tunda ditembak

7th December, 2018

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih menjalankan siasatan berhubung seorang juragan bot tunda warga Indonesia cedera ditembak di perairan sempadan Kinabatangan-Tambisan, malam kelmarin.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata dalam kejadian 8 malam itu, lelaki berusia 40-an itu cedera ditembak ketika sedang menunda bot Mantran 2 yang membawa 13 kru iaitu dua warga Malaysia dan bakinya warga Indonesia yang dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Papua New Guinea.

“Terdapat sebuah bot dipercayai dinaiki empat individu membawa senjata api telah menghampiri bot tunda, sebelum seorang lelaki melepaskan tembakan dan mengenai bahagian paha mangsa.

Bot dinaiki suspek kemudian beredar ke perairan Tambisan,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Bagaimana pun, Hazani berkata kru lain tidak mengalami sebarang kecederaan manakala juragan itu menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Beliau berkata, pihaknya masih mengenal pasti motif kejadian berkenaan sama ada cubaan merompak atau menculik.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse