Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
13 anggota parlimen kerajaan belum isytihar harta: SPRM |  Teach students to hate corruption, says Lee |  'Tackling encroachments first priority' |  Chinese New Year Dragon, Unicorn and Lion Dance Festival Jan 19 |  Sikul Minbuul Sabah ii tiudongon id suang timpu tosomok |  Puu antisusuap Sabah tiudongon papavakas ababazan humavan susuap |  Galoh-Galoh gergasi simbolik perasmian Pesta Kubis |  Ketua PKR Sabah dijangka diputuskan pada 11 Dis ini |  Anwar antara 13 Anggota Parlimen belum isytihar harta |  Percutian enam sekeluarga bertukar tragedi |  Jawatankuasa Anti Rasuah Sabah bakal ditubuh perhebat perangi rasuah |  Delayed SMK Kipouvo construction may start next year |  Sabah PKR may see leadership change – Anwar |  Sabah to set up committee to fight corruption |  13 govt MPs yet to declare assets – MACC | 
 EDUCATION

Cungkil kreativiti, bakat kanak-kanak sempena musim cuti sekolah

7th December, 2018

TUARAN: Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dengan kerjasama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) telah menganjurkan Seminar Aspirasi Kreatif dan Bakat Kanak-kanak yang memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kreativiti dan mencambahkan bakat serta idea yang terpendam.

Penyelaras Program Arun Daud, Pensyarah Cemerlang, IPG Kampus Kent, Tuaran berkata seminar ini adalah satu bentuk percambahan idea dalam kalangan kanak-kanak untuk menghasilkan bahan kreatif dan inovatif sama ada dalam bentuk lukisan kreatif, cerita atau produk kreatif berasaskan seni budaya masyarakat setempat.

Katanya pihaknya memilih untuk mengadakan seminar kanak-kanak untuk memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak untuk meluahkan ekspresi diri. Diharap program tiga hari ini akan dapat memperkembangkan potensi diri kanak-kanak secara holistik dan tidak hanya menumpukan kepada aspek intelektual semata-mata.

Seramai 250 kanak-kanak Pusat Pembelajaran Alternatif Kampung Sri Telipok dan Pusat Pembelajaran Alternatif Kampung Numbak, Kota Kinabalu bersama ibu dan bapa, guru mengambil bahagian dalam seminar yang berlangsung baru-baru ini.

Menariknya seminar ini dijalankan serentak dengan Pertandingan Tuninipot Literasi-Kreatif Kanak-kanak UMCares yang memberi penekanan kepada perkembangan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak menerusi beberapa aktiviti seni tradisi masyarakat Orang Sabah.

Seminar ini merupakan sebahagian daripada intipati modul Tuninipot Literasi-Kreatif Kanak-kanak Orang Asal Sabah yang telah dibangunkan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Dr Mohd Nazri Abdul Rahman bersama-sama guru tadika dan prasekolah tempatan menerusi beberapa siri penyelidikan yang dijalankan di sekitar Sabah.

Dr Mohd Nazri berkata, antara pengisian seminar ini adalah aktiviti Mewarna Reka-Kreatif Corak Tradisi, Melukis Seni-Kreatif Kanak-kanak, Menulis Cerita Kreatif Masyarakat dan i-Reka Tuninipot (Buku Kreatif Kanak-kanak).

Beliau berharap menerusi aktiviti yang dianjurkan ini, ia bukan sahaja dapat mempereratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak tetapi juga dapat meningkatkan kefahamaan dan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan memperkembangkan kreativiti dan bakat kanak-kanak demi kesejahteraan hidup mereka.

Pada penghujung seminar, kanak-kanak mempersembahkan bahan kreativiti yang dihasilkan bersama-sama ibu bapa dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang i-Reka Tuninipot.

“Harapan saya adalah untuk melihat kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang selamat dan sejahtera. Percambahan idea dan kreativiti kanak-kanak menerusi pelaksanaan modul ini memberikan impak positif kepada usaha untuk melestarikan seni budaya bangsa” kata Yakub Buldae, Guru Besar PPA Telipok.

Sementara itu, Romli Darus, Pengarah IPG Kampus Kent, Tuaran berkata, penganjuran Seminar ini merupakan kolaborasi IPG Kampus Kent dengan Universiti Malaya dalam usaha untuk memperkembangkan bakar serta kreativiti kanak-kanak menerusi seni budaya tradisi yang diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kreatif kanak-kanak.

“Usaha ini juga salah satu bentuk jaringan kerjasama dibawah inisiatif KPM untuk melonjak institusi pendidikan negara,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse