Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

Nene Chicken Malaysia gesa pihak berkuasa percepat siasatan insiden letupan gas

7th December, 2018

KUALA LUMPUR: NeNe Chicken Malaysia selaku francais yang mengeluarkan lesen kepada kedai di CityOne Megamall yang menyaksikan insiden letupan gas pada Selasa mahu pihak berkuasa berkaitan mempercepatkan siasatan mengenai insiden letupan yang berlaku di pusat membeli-belah itu.

Pengarah Urusannya, Raymond Wong, berkata hasil siasatan perlu diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin memandangkan keseriusan insiden yang mengerikan itu.

“Pelantikan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di Restoran NeNe Chicken di CityOne Megamall bukan di bawah bidang kuasa atau skop NeNe Chicken Malaysia.

“Sudah tentu isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami tetapi pelantikan kontraktor diatur sepenuhnya oleh pemegang lesen CityOne,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Wong berkata NeNe Chicken Malaysia telah menghubungi pemegang lesen mereka untuk menyediakan dokumentasi yang perlu kerana ia juga dalam proses menjalankan siasatan dalamannya sendiri.

“Kami mengulangi bahawa kami komited sepenuhnya untuk membantu semua mangsa dan keluarga mereka di saat-saat yang sangat trauma ini,” katanya.

Letupan yang berlaku di restoran NeNe Chicken di CityOne Megamall di sini dipercayai disebabkan oleh letupan gas. Tiga maut dan 41 cedera dalam insiden tersebut.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse