Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Penduduk Mukim Pagalungan mohon kerajaan wujud aktiviti sosioekonomi

5th December, 2018

OLEH RIZALMI LIMAN

NABAWAN: Penduduk Mukim Pagalungan memohon kepada kerajaan baharu untuk mewujudkan aktiviti sosioekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk di Pedalaman.

Menurut mereka amat sukar untuk mendapatkan kewangan di pedalaman ini disebabkan ketiadaan aktiviti ekonomi yang mampu meningkatakan pendapatan penduduk.

Bagi Amping Ansirap, 55, Kampung Savivingkol, Mukim Pagalungan berkata, kehidupan di kampung di pedalaman amat sukar sekali apabila melibatakan pencarian kewangan.

“Untuk kami berada dan terus hidup di pedalaman ini tiada masalah kerana kami ada sumber tanah untuk bercucuk tanam seperti padi, sayur-sayuran, hasil sungai dan hasil hutan untuk keperluan harian.

“Akan tetapi kami juga memerlukan kewangan untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak khususnya apabila mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu terletak di Sapulut dan Nabawan, ataupun bersekolah di Institusi pendidikan tinggi awam dan swasta ataupun kolej.

“Anak saya kini belajar di salah sebuah kolej di Kota Kinabalu dan kami sebagai ibu bapa akan membantu memberi perbelanjaan agar dia mendapat pendidikan yang sebaiknya.

“Untuk mendapatkan kewangan, kami di sini hanya bercucuk tanam seperti sayur-sayuran dan ubi untuk dijual di tamu Pekan Pagalungan pada Isnin dan Khamis, dan kebiasaanya kami akan mendapat sekitar RM10 hingga RM15 dan semua inilah yang kami kumpul untuk kami hantar kepada anak kami untuk perbelanjaan.

“Selain itu, pengangkutan di pedalaman ke bandar juga terlalu mahal, tambang pengangkutan kami untuk satu perjalanan sahaja dari Kampung Savivingkol ke Pangkalan Salung memerlukan RM34, dari Pangkalan Salung ke Keningau RM30, Keningau ke Kota Kinabalu RM15. Jadi kesemuanya RM79 hanya untuk satu perjalanan sahaja dan ini tidak termasuk keperluan lain.

“Inilah kesusahan yang kami hadapi, apabila ketiadaan sumber pendapatan di sini tetapi memerlukan kewangan yang besar seperti ke bandar, untuk perbelanjaan anak-anak bersekolah, untuk keperluan kami dan untuk apa-apa sahaja aktiviti yang memerlukan kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Pagalungan di sini, pada Ahad.

Bagi Tigong Paling, 59, Kampung Kuala berkata, walaupun di sini banyak hasil hutan dan hasil tanaman yang boleh dijual tetapi aktiviti ekonominya pula tidak seimbang sebab apabila menjual di tamu Pekan Pagalungan penjual lebih ramai daripada pembeli.

Selain itu katanya, penjual dan pembeli juga kebanyakannya daripada kalangan penduduk kampung di pedalaman. “Kebanyakkan pembeli hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di sini dan sedikit dari penduduk kampung.

“Apa yang saya cadangkan yang mampu meningkatkan aktiviti jual beli di Pekan Pagalungan ini ialah dengan menaik taraf jalan raya, sebab di Sapulut yang mempunyai jaringan jalan raya yang baik mempunyai pembeli yang ramai daripada kawasan sekitar dan dari daerah lain yang datang membeli,” katanya.

Manakala bagi, Laibar Lalayuyar, 56, Kampung Inakak berkata, penduduk di sini mempunyai harapan yang tinggi memberikan pendidikan secukupnya kepada anak-anak termasuklah menyediakan kelengkapan dan kemudahan bersekolah agar mereka fokus dalam pembelajaran.

“Kami percaya hanya pendidikan yang mampu mengubah hidup masyarakat di pedalaman ini.

“Tetapi anak-anak ini juga memahami apabila melihat ibu bapa mereka bekerja keras dan hidup susah untuk menyediakan perbelanjaan kepada mereka, mereka pun tidak bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dan ada yang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau berharap k kerajaan dapat menyalurkan pelbagai pembangunan di pedalaman sama ada pembangunan infrastruktur dan pembangunan sosioekonomi agar dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di pedalaman.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick ketika ditanya berkenaan permasalahan itu berkata, KPLB akan menggunakan pendekatan Kampung Sejahtera dan pembangunan Ekonomi Desa untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di negeri ini termasuklah di pedalaman Daerah Nabawan seperti di Mukim Pagalungan.

“Daripada program ini kita ada pelan tindakan pembangunan fizikal dan pembangunan aktiviti ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan kepada penduduk di pedalaman ini,” katanya.

Katanya, jeti Pangkalan Salung yang terletak di Mukim Pagalungan juga dalam usaha untuk dibena bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di pedalaman khususnya di Mukim Pagalungan.

Tambahnya, beliau turut meluluskan lima pintu gerai bagi menambah lima pintu gerai yang baru siapa dibena dibawa program Kampung Sejahtera KPLB di Pangkalan Salung bagi meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di sini.

Tambahnya, KPLB juga sedang berusaha untuk mengeluarkan jalan raya yang berada dalam Hutan Simpan seperti jalan ke Pekan Pagalungan untuk diwartakan supaya dapat dinaik taraf oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan agar penduduk di pedalaman mempunyai jaringan jalan raya yang lebih baik.

Selain itu katanya, beliau juga berharap kepada pemimpin tempatan agar dapat membantu mewujudkan industri Pelancongan Luar Bandar di Mukim Pagalungan dan Mukim Pensiangan kerana berpotensi untuk dibangunkan kerana keindahan alam semula jadi di kawasan ini, sekaligus dapat meningkatkan ekonomi penduduk di pedalaman.

   
Email Print