Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
CM invited to officiate at Club Med Borneo groundbreaking ceremony |  KDN does not recognise MCAC card |  Anwar agrees there should not be too much tension on power transition – Dr Mahathir |  9th Sabah Unity League Cup begins December |  Ryan - Malaysia’s U-16 No.1 |  Sistom e-Kasih nadadi sistom hongkod data bersepadu |  Kopoundohian umul mongundi om i mokipihi nookunan |  Keningau Vocational College receives outstanding award at ICLESS 2019 |  Plan for innovation centre in every higher learning institution in Sabah |  GES education fair in Sandakan this Saturday |  Bask Bear Coffee eyes collaboration on sun bear protection |  Inflation pressures to be contained in 2020, says UOB Malaysia |  MPI in talks with MoF to set up biodiesel stabilisation fund |  Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan sehingga 7 Disember |  UMS komited kekal kecemerlangan akademik peringkat antarabangsa | 
 BM

Nelson tidak duga terima Hadiah Sastera Sabah Kategori Cerpen Eceran

29th November, 2018

SANDAKAN : Penerima Hadiah Sastera Sabah bagi Kategori Cerpen Eceran, Nelson Dino, 41, berasa gembira di atas penyampaian hadiah itu yang disampaikan oleh Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Auditorium JKKN Sabah, baru-baru ini.

Nelson yang berasal dari Sandakan berkata selama beliau terlibat dalam bidang menulis, beliau tidak pernah terduga atau terfikir boleh menerima hadiah sastera sedemikian.

Jelasnya, ia adalah satu-satunya hadiah Sastera di Sabah yang dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah, melalui kementerian, dan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah.

“Walaupun ada hadiah sastera untuk yang menyertai sayembara, ini juga kali pertama saya mendapat hadiah seumpama ini di negeri dan negara sendiri,” katanya.

Hadiah Sastera yang pertama beliau terima adalah dari Northern Illinois University di Amerika pada tahun 2006. Hadiah Sastera tersebut diberikan kerana ia adalah satu puisi beliau yang bertemakan ‘harapan’ kerana dalam puisi itu tertulis satu bait, ‘kufikir sudah tiada’, yang sebenarnya merujuk pada ‘harapan’ itu sendiri, cuma ia tidak diungkapkan.

Seketika begini ayatnya: kufikir sudah tiada, rupanya masih ada, yang merujuk pada harapan. Manakala Hadiah Sastera kedua yang beliau terima adalah dari Purwokerto, Indonesia sempena ASEAN 2 Poetry Writing Competition 2018.

Karya puisi Nelson dipilih antara ‘The 100 Best Work’.

“Saya bangga sebagai anak jati Sabah dan sangat berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah serta kerajaan kerana menyokong dan menganjurkan program Hadiah Sastera Sabah ini, ” tambahnya.

Langkah ini juga sekaligus memberi galakan kepada para penulis tempatan Sabah supaya terus menghasilkan karya sastera yang unggul dan bermutu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada para penilai karya-karya Sabah sehingga dapat dipilih menerima hadiah sastera ini”, katanya.

Pada majlis Hadiah Sastera Sabah itu, sebanyak enam kategori diberikan hadiah iaitu Novel Dewasa, Novel Remaja, Kumpulan Cerpen, Kumpulan Puisi, Cerpen Eceran dan Puisi Eceran selain buat julung kalinya, DBP juga dengan kerjasama Yayasan Sabah telah mengiktiraf penulis buku umum.

Pada majlis sama, Tun Juhar juga berkenan menyampaikan hadiah kepada 24 karya terbaik Sastera Sabah 2017/2018 dan tiga orang dinobatkan sebagai penerima Hadiah Galakan Penulisan Buku Umum DBP-YS. OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse