Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Lima kanak-kanak bawah umur tujuh tahun maut kebakaran sepanjang tahun 2017

22nd November, 2018

OLEH RIZALMI LIMAN

TAMBUNAN: Seramai lima orang kanak-kanak bawah umur tujuh tahun dilaporkan maut dalam nahas kebakaran sepanjang tahun 2017 di negeri ini.

Manakala untuk tahun ini, angka kematian setakat bulan September melibatkan kanak-kanak bawah umur tujuh tahun ialah seramai tiga orang.

Menurut Penguasa Bomba yang juga Ketua Cawangan Kesedaran Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Henry Goliong, pihak bomba tidak akan lepas tangan dan membiarkan masalah ini terus berlaku dengan harapan agar pada masa akan datang kematian melibatkan kanak-kanak dapat disifarkan melalui Program Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (KELAB K3) yang ditubuhkan oleh pihak JBPM Sabah melibatkan sekolah, taska dan tabika dinegeri ini.

Katanya, Kelab 3K ini ditubuhkan adalah bertujuan mendidik dan memberi pendedahan berkaitan tentang pencegahan dan bagaimana menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku kepada golongan kanak-kanak ini termasuk para ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Inilah tujuan kita buat program ini yang memang di khaskan untuk kanak-kanak bawah umur tujuh tahun supaya mereka ada kesedaran dan pengetahuan tentang bagaimana perlunya menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran di rumah dan bagaimana untuk mencegah lebih awal seperti melarang kanak-kanak bermain mancis gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Merasmikan Majlis Graduasi Kelab 3K peringkat Zon Keningau yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan di sini, kelmarin.

Sementara itu, ibu bapa masing-masing menyambut baik penubuhan Kelab K3 dan program yang diadakan ini.

Bagi Lingkim Gisil, 44, ibu bapa pelajar, memuji usaha ini untuk memberi pendidikan tetang bahaya, pencegahan kebakaran dan cara menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran seperti di rumah ataupun dimana-mana sahaja.

Sementara itu, Willcox Gamparis, 34, berkata, program tersebut sangat baik untuk mendedahkan tentang pentingnya keselamatan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi.

Katanya, ini akan menjadi asas kepada mereka sejak kanak-kanak lagi untuk menghadapi kecemasan khususnya kebakaran untuk menyelamatkan diri mereka.

Beliau turut berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, seramai 26 buah tabika, taska dan tadika melibatkan seramai 133 murid sekitar Zon Keningau masing-masing menerima sijil graduasi pada program tersebut dan program turut diserikan dengan pertandingan mewarna dan persembahan hiburan.

   
Email Print