Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

ATM tumpas cubaan menyusup masuk 67 PATI

22nd November, 2018

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengagalkan cubaan menyusup masuk 67 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga asing ke negara ini melalui perairan Tanjung Labian, Lahad Datu, selepas kesemua mereka itu berjaya diberkas kira-kira pukul 10 pagi, pada Selasa.

Panglima 13 Briged Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Hj. Ahmad dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah PATI yang ditahan itu 35 daripadanya adalah lelaki, manakala 13 wanita dan 19 yang lain adalah kanak-kanak.

Menurutnya, kejayaan tangkapan itu adalah hasil daripada rondaan bersepadu yang dijalankan oleh Pasukan Operasi Op Pasir Pesisir Pantai dibawah naungan 13 Briged (ESSCOM) iaitu Batalion 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD).

Selain tangkapan PATI katanya, ATM turut merampas 16 buah ‘pumpboat’ dan sebuah bot berbumbung dengan anggaran keseluruhan bernilai RM 25,500.

Katanya lagi, kesemua PATI telah dibawa ke Pos Keselamatan ATM untuk pemeriksaan kesihatan seterusnya dihantar ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

   
Email Print
   
 
 
E-browse