Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Lelaki terbunuh kereta terhumban parit |  Hukuman mati 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan |  Keningau, Tawau seal grand final tickets |  Water supply – review can save RM1 billion |  Sabah opposition grill Warisan |  Halloween Fest fun for children at Centre Point Sabah |  Saturday Hawkers’ fest with a treat |  Polinta kigaab papahantoi projik ampangan |  KL BAH, GHRT Ekstrem nakahantoi Pihavanan Borneo Paintball 2018 |  Konvokesyen susumikul Tabika/Taska Boogizan Parliament Tenom |  Ukum patazon 33 kahasaan id siibo vahu akta pinunso |  Business community urged to join Sabah Export Day |  Decrease price rate to boost economy |  No closure yet for Kgau, Tawau IPGs |  Trash-free event at first Tanjung Aru Beach Fest | 
 BM

Kerajaan baharu Sabah bentang Belanjawan Negeri 2019 hari ini

9th November, 2018

KOTA KINABALU: Buat pertama kali, kerajaan negeri Sabah yang baharu pimpinan Parti Warisan Sabah bersama Pakatan Harapan (PH) dan Upko bakal membentangkan belanjawan negeri esok.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata Belanjawan Sabah 2019 bertemakan “Memacu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat” itu merupakan belanjawan yang menyeluruh, walaupun berlandaskan kewangan yang terbatas dan kedudukan ekonomi negara dan dunia yang mencabar.

“Yang penting kepada kita ialah untuk memastikan supaya kita tidak mengabaikan usaha kita untuk membela rakyat di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas menerima Belanjawan Sabah 2019 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri Datuk Pg Hassanel Mohd Tahir di sini, kelmarin.

Mohd Shafie berkata belanjawan itu, yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada pukul 3 petang hari ini, juga akan memperkenalkan pendekatan baharu untuk pembangunan golongan belia dan beberapa kejutan untuk rakyat.

“Kita (kerajaan negeri) sentiasa memikirkan rakyat. Kita akan pastikan rakyat dapat kita bela sebaik mungkin,” katanya.

Ketika ditanya pemberita mengenai spekulasi beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan berpaling tadah dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Mohd Shafie menganggap perkara itu hanya spekulasi dan yakin Adun Warisan, PH dan Upko matang untuk memilih pihak mana untuk mereka sokong.

Baru-baru ini, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa beberapa Adun kerajaan sekarang akan melompat ke parti itu, yang juga parti yang menganggotai GBS, dalam masa terdekat.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse