Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Lelaki terbunuh kereta terhumban parit |  Hukuman mati 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan |  Keningau, Tawau seal grand final tickets |  Water supply – review can save RM1 billion |  Sabah opposition grill Warisan |  Halloween Fest fun for children at Centre Point Sabah |  Saturday Hawkers’ fest with a treat |  Polinta kigaab papahantoi projik ampangan |  KL BAH, GHRT Ekstrem nakahantoi Pihavanan Borneo Paintball 2018 |  Konvokesyen susumikul Tabika/Taska Boogizan Parliament Tenom |  Ukum patazon 33 kahasaan id siibo vahu akta pinunso |  Business community urged to join Sabah Export Day |  Decrease price rate to boost economy |  No closure yet for Kgau, Tawau IPGs |  Trash-free event at first Tanjung Aru Beach Fest | 
 BM

Ewon pastikan projek ' Rubberised Road' dapat dilaksanakan di Sabah

9th November, 2018

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick akan memastikan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaiktaraf jalan, dalam Bajet Persekutuan 2019 dapat digunakan untuk melaksanakan ‘Rubberised Road Technology’ di negeri ini.

Sehubungan itu katanya, sebagai projek perintis, kementeriannya akan menggunakan teknologi jalan raya berasaskan getah untuk menaik taraf jalan sepanjang dua kilometer di Kampung Tambulaung – Podos Kota Belud dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

“Dalam Bajet Persekutuan 2019, sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk rubberised road. Justeru, kita akan memastikan Sabah merasai sebahagian daripada peruntukan tersebut seperti perjuangan konsisten saya selama ini dalam perkara ini.

“Selepas pelaksanaan projek perintis ini, saya berharap dapat mempengerusikan pembuatan dasar Kerajaan Sabah menerima teknologi ini dalam projek-projek naiktaraf jalan supaya bukan hanya keperluan tersebut dapat diselesaikan, tetapi dapat mengujudkan permintaan ke atas bahan mentah getah negara dalam industri pembinaan jalanraya sekaligus meningkatkan harga getah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Projek Perintis ‘Rubberised Road Technology’ di Pejabat Daerah Kota Belud, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Unit Pembangunan Produk dan Kejuruteraan Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dr.Nazirah Ahmad, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr.Lilian Gungat, Timbalan Pengurus Besar Operasi Perindustrian Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Liau An Chuan, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Norshafie Dukah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kadamaian Saikom Watis dan pegawai- pegawai jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

Mesyuarat tersebut bertujuan memperincikan data-data teknikal, kajian kebolehlaksanaan, kos pemindahan teknologi dan pelaksanaan projek perintis ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, jalan raya yang telah dikenalpasti untuk projek ini ialah Jalan Tambulaung – Podos sejauh 2 kilometer.

“Projek perintis ini menggunakan cuplump modified bitumen (CMB) iaitu campuran bitumen dengan sekerap getah dalam kerja naik taraf jalan luar bandar.

“Ini adalah jalan pertama di Sabah menggunakan hasil kajian teknologi oleh LGM dan sebahagian besar kosnya akan dibiayai oleh LGM,” katanya.

Selepas mesyuarat itu, Ewon serta jawatankuasa bersama-sama melawat tapak jalan raya cadangan tersebut dan tapak cadangan kuari CMB bagi projek perintis Rubberised Road Technology di kawasan Kadamaian.

   
Email Print
   
 
 
E-browse