Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Tawau National Park to have world’s first pangolin sanctuary |  Goldman Sachs' offer is "peanuts – PM |  Isteri terkilan tidak mampu duduki rumah bersama suami |  Parties should work together to better serve Penampang folk |  ‘I will not go beyond three years’ – PM |  Papar Strongman Novice Challenge on June 29 |  Tambadau on the brink of Premier League glory |  Crime Prevention Foundation needs strategic partnerships to halt cyber crimes |  Visa on arrival for Labuan approved |  'Bersatu does not simply accept members' |  National Unity and Integration Department adds another feather in its cap |  New online booking portal to offer competitive rates |  29 moninigup id Sandakan kinompaun RM7,250 |  PGA Beluran kavavagu mokianu Batalion di pantangon om kikosizan |  UMS listed in QS World University Rankings 2020 for the first time | 
 ECO

Gotong-royong bersihkan Pantai Pimping 10 Nov

16th October, 2018

MEMBAKUT: Jawatankuasa penyelaras gotong royong membersih Pantai Pimping yang baru dibentuk, telah bersetuju mencapai ketetapan tarikh yang dicadangkan ialah pada 10 November 2018 (Sabtu) akan datang bermula jam 7.30 pagi.

Keputusan ini telah dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Penolong Pegawai Daerah Membakut Haji Sanuddin Haji Ismail dan Pegawai Takbir Haji Abdul Rahim Haji Said pada Khamis lalu di bilik mesyuarat pejabat itu.

Mesyuarat yang dihadiri dari Lembaga Pelancongan Malaysia (LPM) ibu pejabat Kota Kinabalu yang diwakili Effendi Mahany juga turut dihadiri dari pelbagai jabatan kerajaan negeri, persekutuan dan swasta serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Membakut Abdul Kadir Jalani dan Ketua Daerah Ustaz Haji Yaakob Osman , sementara Jawatankuasa keceriaan dan niaga pantai pimping diwakili oleh pengerusinya Haji Harun Pata.

Sanuddin dalam ucapan aluanya, mengharapkan komitmen yang tinggi agar program ini dapat sokongan semua pihak terutamanya masyarakat kampung yang menjadikan Pantai Pimping sebagai satu tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

Tambahnya, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga dan usaha agar kawasan Pantai Pimping ini dapat dilihat oleh pengunjung sebagai pantai yang terindah dengan prasarana yang menarik perhatian.

Sementara itu wakil Lembaga Pelancongan Malaysia cawangan Sabah Effendi Mahany berkata LPM sedang berusaha untuk mengenal pasti beberapa tempat sebagai mempromosikan untuk tempat pelancongan terutamanya pulau dan pelbagai alam semula jadi.

Katanya pihak Lembaga pelancongan Malaysia berhasrat membantu mana-mana pihak yang menonjolkan kawasan yang berpotensi untuk dikenal pasti sasaran yang akan diusahakan.

Mengenai Pantai Pimping yang kini menjadi lokasi terbaru pengunjung, Effendi menambah pihak LPM akan membantu apa yang terbaik terutamanya dalam mempromosikan dengan lebih berkesan.

Beliau yakin Pantai Pimping akan menjadi satu tarikan terbaru kepada pelancong dengan kemudahan yang telah disediakan oleh jawatankuasa pengandali namun demikian ia perlu disempurnakan dengan kaedah yang lebih berkesan.

Pada mesyuarat itu juga semua jabatan dan agensi kerajaan telah diberikan tanggungjawap melaksanakan keperluan berkaitan dengan pembersihan pantai pimping. – OLEH PG.OSMAN PG.ISMAIL

   
Email Print
   
 
 
E-browse