Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah getting popular for incentive tourism - Liew |  Sabah to proceed with TAED and dam |  Peter wants Tambadau fans to be the 12th man |  SOSKK: Scrap the Tanjung Aru Eco Development (TAED) Project |  Four teens charged with murder of eatery owner |  Resort gives international boost to Sabah indigenous handicrafts |  Bagas PPD Ranau pinili mamaramit ‘Tokoh Guru’ |  Duvo mananakau i sumuang hamin nasagkom id Sandakan |  Komontilian Kohidasan pokionuon mongintong ahal koumohigan om kohidasan pakalaja |  Developing Sabah education system via federal and related agencies support |  Petronas Chemicals and Scomi to jointly develop, market chemical solutions |  DirectD launches Huawei purchase awareness campaign |  Lim: Inheritance tax will not be imposed in Budget 2020 |  Program kebudayaan mampu mantapkan perpaduan masyarakat |  Eddika juara Mr Kaamatan, Petra johan Unduk Ngadau anjuran Keningau Mall | 
 BM

Mustahil Shafie tidak tahu pendaftaran IMM13: Dr Jeffrey

15th October, 2018

KOTA KINABALU: Dakwaan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa beliau tidak mengetahui permohonan pendaftaran anak-anak pemegang dokumen IMM13 adalah agak ‘mustahil’.

Presiden Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, ianya hanya semata-mata Shafie mahu menjadikan Jabatan Imigresen Persekutuan menjadi ‘kambing hitam’ dengan menyalahkan jabatan itu.

“Sebagai ketua Majlis Keselamatan Negeri, beliau sepatutnya diberikan taklimat tentang operasi besar-besaran pengeluaran semula IMM13.

“Apakah Jabatan Imigresen tidak mengiktiraf peranannya? Jabatan itu sepatutnya tahu akan tanggungjawab mereka dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata jika mengikuti konvensyen, mereka tidak wajar mengadakan pendaftaran besar-besaran melibatkan pendatang tanpa izin itu tanpa memberitahu kerajaan negeri.

Pemberian dokumen IMM13 kata beliau telah dihentikan pada 2013 kerana ianya telah disalahgunakan. “Tetapi kenapa ianya didakwa dihidupkan semula beberapa hari lalu tanpa pengetahuan kerajaan negeri?,” katanya.

Menurut Dr Jeffrey matlamat asal pengeluaran IMM13 antara 1972 hingga 1984 untuk memberikan dokumen kepada pelarian politik yang melarikan diri dari peperangan di selatan Filipina.

Perang ini sudah lama berakhir dan pengeluaran dokumen seperti ini tidak lagi relevan.

“Justifikasi pengeluaran semula dokumen IMM13 ini kepada nak-anak pelarian ini juga tidak lagi perlu.

“Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial menunjukan orang ramai dipercayai warga asing membanjiri Pejabat Unit Khas Jabatan Imigresen di Wisma Dang Bandang yang bukannya kanak-kanak tetapi orang dewasa yang berusia 40an hingga 50an,” katanya.

Dr Jeffrey berkata berikutan bantahan dan kegelisahan orang ramai, pendaftaran ini dihentikan serta merta. Beliau berkata penduduk Sabah merasakan pemulihan pengeluaran dokumen IMM13 ini kepada rakyat asing satu ancaman kepada keselamatan negeri dan boleh mengancam kedaulatan negara.

“Oleh kerana kita berurusan dengan rakyat asing, cara terbaik kerajaan hendaklah mendapatkan kedutaan negara mereka masing-masing untuk mengeluarkan dokumen untuk mereka tinggal dan bukan IMM13 oleh Imigresen Malaysia.

“Jika benar Shafie mendakwa beliau tidak tahu tentang pendaftaran itu, ketua bagi Imigresen Negeri dan Persekutuan perlu letak jawatan kerana tindakan mereka tidak amanah terhadap Kerajaan Persekutuan.

“Yang kedua, kenapa Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua wira Warisan, Datuk Azis Jamman tidak tahu pendaftaran ini? Sedangkan Jabatan Imigresen di bawah kementeriannya. Jika beliau juga tidak mengetahui tentang perkara ini beliau juga wajar letak jawatan,” kata Dr Jeffrey.

Sementara itu, beliau berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bersih tentang perkara yang membabitkan keselamatan rakyat.

“Dalam tempoh enam bulan kerajaan di terajui oleh Warisan, banyak tindakan yang bertentangan dengan kehendak mereka yang mengundi parti mereka dan rakyat sabah juga kini mula berasa tidak senang,” dakwa Dr Jeffrey.

   
Email Print
   
 
 
E-browse