Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
CM invited to officiate at Club Med Borneo groundbreaking ceremony |  KDN does not recognise MCAC card |  Anwar agrees there should not be too much tension on power transition – Dr Mahathir |  9th Sabah Unity League Cup begins December |  Ryan - Malaysia’s U-16 No.1 |  Sistom e-Kasih nadadi sistom hongkod data bersepadu |  Kopoundohian umul mongundi om i mokipihi nookunan |  Keningau Vocational College receives outstanding award at ICLESS 2019 |  Plan for innovation centre in every higher learning institution in Sabah |  GES education fair in Sandakan this Saturday |  Bask Bear Coffee eyes collaboration on sun bear protection |  Inflation pressures to be contained in 2020, says UOB Malaysia |  MPI in talks with MoF to set up biodiesel stabilisation fund |  Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan sehingga 7 Disember |  UMS komited kekal kecemerlangan akademik peringkat antarabangsa | 
 EDUCATION

400 pelajar SPM Labuan ikuti Seminar Kecemerlangan SPM anjuran YWP

4th October, 2018

LABUAN: Seramai 400 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 menyertai Seminar Kecemerlangan SPM 2018 peringkat Labuan anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan.

Seminar selama 4 hari itu bermula 1 hingga 4 Oktober ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Zaizalnizam Zainun di Dewan Utama Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), dekat sini, kelmarin.

Zaizalnizam ketika berucap berkata, Yayasan Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 telah memperuntuk sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk warga Wilayah Persekutuan membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Peruntukan itu termasuklah Seminar Kecemerlangan SPM, bantuan awal sekolah dan universiti serta program yang berasaskan pembangunan ekonomi, sosial, Agama dan Teknologi” kata- nya.

Zaizalnizam menjelaskan, bagi Seminar Kecemerlangan SPM 2018, YPW telah diperuntukkan dana sebanyak RM200,000 untuk 1,200 pelajar membabitkan ketiga-tiga wilayah.

“Ketiga-tiga seminar ini diberikan secara percuma kerana semua murid yang terlibat adalah mereka yang dipilih daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah yang memerlukan perhatian pendidikan.

“Kami percaya setiap peluang untuk meningkatkan taraf hidup khususnya melalui pendidikan, jika tidak dibantu atau disokong, akan menyukarkan perjalanan sesorang itu untuk mencapai kejayaan” katanya.

Justeru itu, telah menjadi keutamaan YPW untuk terus memacu tenaga membantu serta menyokong seluruh sektor pendidikan yang memerlukan termasuklah merealisasikan objektif utama Seminar Kecemerlangan SPM.

Bagi menjayakan program itu katanya, YPW telah menyediakan Jurulatih-jurulatih Utama (JU) untuk memberi pendedahan teknik dan tips menjawab soalan peperiksaan sekaligus dapat membantu calon SPM memperolehi keputusan yang cemerlang.

Diakhir ucpannya, Zaizalnizam menasihatkan para pelajar yang terpilih menyertai seminar itu supaya merebut peluang yang disediakan dengan sebaik-baiknya kerana ia menjadi penentu masa depan pelajar.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Hasbolah Abd. Hamid yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan, Raisin saidin, Pengetua Sekolah Antarabangsa Labuan, Zainab Batin serta Pengetua-Pengetua sekolah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse