Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
RM494 mln for Sabah infrastructure works this year – Baru Bian |  Nafas plans development of paddy field estate in Papar |  Full Sabah squad for artistic gymnastics |  CNY buffet promotion by Ming Garden Hotel |  109 Sabah entrepreneurs use Desamall @KPLB platform to market products |  PM: Free breakfast only for underprivileged students |  Dr Habibah appointed new education director-general |  RM10 mln spent on first day of e-Tunai Rakyat initiative – Guan Eng |  Mitsubishi Motors Malaysia’s CNY promotion runs till end of January |  Mitingan poimbida monimbang atag mongidu ponuuan umuvung id ESSZone |  Majlis Krismas dan Tahun Baru meriah di Nangoh |  Generasi Islam perlu hayati dan contohi akhlak nabi, kata Hajiji |  Sektor pembuatan penting pacu ekonomi Sabah, kata Azhar |  Ibu bapa SMK Kundasang kecewa kelewatan KPM bina sekolah baharu |  LDA Holding perkenal jualan tiket feri penumpang 'online' | 
 BM

ESSZONE: Polis akan temui nelayan, pengusaha pelancongan dan penternak ikan

26th September, 2018

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan komuniti nelayan, pengusaha pelancongan dan penternak ikan di dalam sangkar di kawasan pantai timur Sabah bagi memberi pencerahan berhubung isu keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Omar berkata langkah itu disebabkan golongan berkenaan adalah ‘soft target’ (kumpulan terdedah) yang boleh menjadi mangsa kumpulan penjenayah rentas sempadan khususnya penculik bagi mendapatkan wang tebusan (KFR).

“Kami akan panggil mereka dalam masa terdekat untuk memberi nasihat serta langkah-langkah keselamatan yang perlu mereka ambil agar mereka tidak menjadi mangsa yang mudah,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentabiran Negeri Sabah yang turut disertai anggota pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Menurut Omar beliau juga akan melawat kawasan pantai timur Sabah dalam masa terdekat untuk meninjau keadaan keselamatan dan penugasan di sana sambil memberi sokongan moral kepada anggota pasukan keselamatan yang terlibat.

Sementara itu, beliau menasihati semua pihak terutama nelayan di kawasan Esszone agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya perintah berkurung yang masih berkuat kuasa di kawasan tersebut.

Katanya dua nelayan warga Indonesia yang menjadi mangsa culik di kawasan perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu didapati melanggar perintah berkurung.

Menurut Omar, nelayan terbabit sepatutnya kembali ke jeti dalam tempoh yang ditetapkan namun bot tersebut memilih untuk tinggal tiga malam di kawasan menangkap ikan sekali gus mendedahkan diri mereka kepada penjenayah rentas sempadan.

Pada masa sama, beliau mengulangi nasihat agar nelayan memasang sistem pengesanan automatik (AIS) pada bot dan kapal masing-masing bagi memudahkan pasukan keselamatan memantau pergerakan mereka sekali gus mengurangkan risiko diculik.

“Memang alat ini mahal, sebab itu ada pemilik bot dan kapal tidak mampu membeli peralatan ini. Tapi ini bukan soal kemampuan atau tidak. Apa yang penting ialah AIS ini baik untuk mereka supaya anggota keselamatan mudah mengenal kapal mereka dari jauh seterusnya memudahkan kami memberikan bantuan yang diperlukan,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse