Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Konflik manusia-gajah: Peranan m'rakat setempat penting |  Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis | 
 EDUCATION

CSR Maybank, SEAS bantu penguasaan Bahasa Inggeris pelajar SK Kitobu

24th September, 2018

INANAM: Kerja-kerja pertukangan, mengecat pondok dan menghias landskap yang dilakukan oleh pihak Maybank dan Sabah English Aspiration Society(SEAS) mampu mengubah permandangan di persekitaran Sekolah Kebangsaan Kitobu, di sini.

Sudah pasti individu yang paling gembira ialah guru besar, Julita Bulankou sejak mendapat tahu sekolahnya terpilih sebagai sekolah angkat dalam projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tersebut, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.

“Pihak Maybank menghubungi saya dua minggu lepas dan saya teruja sekolah ini terpilih kerana penguasaan bahasa tersebut di sini biasa sahaja dengan pencapaian 84 peratus pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) pada 2017.

“Untuk projek ini, kami beri mereka beberapa sudut seperti rumah pondok untuk penaiktarafan sebagai tempat pelajar mengulangkaji dalam keadaan yang lebih selesa.

“Di dalam pondok tersebut turut dihias dengan keratan dan bahan pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris serta landskap sekolah juga turut di tambah baik.

“Saya yakin 96 orang pelajar yang terlibat pasti tertarik dengan keindahan yang dilakukan dan dengan projek ini diharap dapat menarik lagi minat mereka untuk belajar,”katanya gembira.

Menurut Julita, program ini akan dibuat selama dua tahun, dan perkembangan pelajar akan dipantau dalam tempoh 3 atau 6 bulan pertama oleh guru, SEAS dan Maybank sendiri dengan matlamat agar pelajar cemerlang dalam Bahasa Inggeris dan mampu mendapat keputusan yang baik dalam UPSR.

Program yang dibuat di daerah ini dikendalikan sepenuhnya oleh tiga buah unit Maybank daripada Alamesra, Inanam dan AutoHub Inanam dengan penglibatan seramai 120 kakitangan.

Selain gotong royong, kuiz bahasa Inggeris juga diadakan untuk pelajar tahun tiga, empat dan lima SK Kitobu. Mengulas lanjut menurut Julitah, dia bercita-cita untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai penanda aras sebagai yang terbaik dalam bahasa Inggeris di daerah ini.

“Pihak sekolah sangat berterima kasih dengan peluang yang diberikan memandangkan murid-murid di kampung ini sangat kehausan ilmu tetapi tersekat dengan kewangan sekolah yang terhad.

“Saya berharap kerjasama ini membuahkan hasil yang baik untuk masa depan generasi kita dan kita harap pelajar-pelajar yang lahir dari program ini akan menjadi pelajar-pelajar yang baik dalam Bahasa Inggeris pada masa akan datang,”ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) SEAS, Profesor Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid berkata matlamat SEAS adalah untuk membantu memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar sekolah yang terletak di kawasan yang terpencil.

“Itu antara kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank dan SEAS memberikan kerjasama yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

“SEAS telah memulakan projek ini pada 2016 yang melibatkan 60 orang pelajar di Membakut, kemudian diatas permintaan, kami anjurkan pula program pada tahun berikutnya yang melibatkan 13 buah sekolah dengan 130 orang pelajar dan jumlah ini meningkat pada Ogos tahun ini dengan penglibatan 140 pelajar daripada 10 buah sekolah.

“Projek ini bukan sekadar untuk menguasai bahasa Inggeris, tetapi ia adalah mengenai masa hadapan, yang mana keputusan anda hari ini akan menentukan keputusan yang anda akan buat nanti.

“Belajar bahasa inggeris juga seperti kehidupan yang adakalanya penuh cabaran, dan buatkan anda merasa tidak yakin kerana kesukaran dan cabarannya,” katanya.

Namun begitu menurutnya, jika anda mempelajari Bahasa Inggeris, hidup akan mejadi lebih mudah, kerana kita bukan sahaja belajar untuk bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa itu tetapi sebenarnya belajar cara untuk belajar.

Jelasnya lagi, dengan mempelajari bahasa inggeris, kita belajar untuk memotivasikan diri sendiri, belajar cara untuk berjaya, belajar cara untuk menjadi dewasa dan juga cara mencapai sesuatu yang pada mulanya kita rasa susah untuk digapai.

“Kami akan buat penilaian kepada pelajar sebelum dan selepas program ini, buat analisis dan jika ada perubahan yang baik kami akan fikirkan apa yang boleh dilakukan seterusnya dan jika tidak saya akan teliti corak pengajaran pula.

“Penguasaan pembelajaran pelajar di setiap sekolah tidak akan pernah sama, jadi kami akan lihat corak pembelajaran yang sesuai untuk mereka dan ini akan kami teliti,”katanya.

Projek CSR antara Maybank dan SEAS ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Kenny Chua Teck Ho.

Turut hadir, Pengurus Maybank Alamesra, Mohd Rozlee Abd Rashid; Pengurus Maybank Autohub Inanam, Jefri Jekri dan Pengurus Maybank SME Inanam, John Joseph.

   
Email Print
   
 
 
E-browse