Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
20 foreign owned tour companies operating in Sabah |  SESB for takeover? |  Team Malaysia dominate ladies golf tournament |  Three Sabahans for national trials |  Sabah Eagles take cautious approach in title challenge |  Bigger Christmas celebration this year |  Kumoduvo polosiden UPKO nopihi Puu Dewan Pogun |  Isuzu Malaysia treats loyal customers in gala night |  Hilton to introduce new brands |  Timber export value to decline |  103 pelajar UMS sertai Aktiviti Ekonomi dan Pola Guna tanah pinggir pantai anjuran FKSW |  Sizam pongkimamaan popoinsavat tangangazan kalaja polinta |  Fatahanne dinobatkan 'New Star malaysia' melalui pertandingan NKTS |  DBP galak pembangunan sastera melalui pengiktirafan |  Nahas jalan: Lelaki patah paha, kaki kanan akibat tersepit dalam kenderaan | 
 BM

Lebih 23,000 gram dadah dilupuskan

140918-lead-5a
PELUPUSAN... Azhar melupuskan barang kes dadah melalui proses pembakaran tertutup.

14th September, 2018

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Sebanyak 23,338.47 gram dadah pelbagai jenis bernilai RM2,500,206.47 dilupuskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah di sebuah kilang di Jalan Seguntor, di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, barang kes dadah yang dilupuskan merupakan kes mulai tahun 1998 hingga 2017 yang telah selesai perbicaraan melibatkan 7,715 kertas siasatan.

Jelasnya, pelupusan barang kes dadah siri 1/2018 melibatkan 20 daerah dalam kontinjen Sabah.

“Pelupusan ini adalah dari beberapa pelupusan barang kes dadah sebelum ini yang dilakukan dari masa ke semasa…

“Ini merupakan pelupusan siri yang ke 5 dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah sejak 2016,” katanya

Azhar berkata demikian pada Sidang Media Pelupusan Barang Kes Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah.

Tambah beliau, pelupusan tersebut mematuhi kehendak piawaian alam sekitar dan menggunakan khidmat syarikat bagi proses pembakaran tertutup.

Ujarnya, pelupusan itu untuk mengelakkan tempat penyimpanan menjadi tidak tersusun dan menyukarkan pergerakan keluar masuk barang kes bagi tujuan perbicaraan.

Di samping itu juga ia bertujuan untuk memberi ruangan bagi barang kes yang baharu dan masih di dalam perbicaraan.

Katanya, tujuan lain bagi mengelakkan barang kes dadah menjadi rosak, koyak, lusuh dan dicemari oleh makhluk perosak seperti tikus, lipas dan anai-anai.

“Paling utama risiko lain ianya boleh membahayakan kesihatan kepada anggota petugas di stor barang kes dan pegawai-pegawai penyiasat yang menguruskan barang kes tersebut.

Azhar berkata peraturan tersebut dilaksanakan selaras dengan Standard Operation Procedure (SOP) dalam penyiasatan kes-kes dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak mahkamah akan memberi arahan kepada polis melalui Timbalan Pendakwaraya agar barang kes dadah dimusnahkan selepas selesai perbicaraan dan tamat tempoh rayuan.

Katanya pelupusan ini juga adalah salah satu cara untuk melakukan audit ke atas barang kes dadah yang dirampas dan selesai bicara untuk dilupuskan mengikut proses yang telah ditetapkan seperti arahan dalam PTKPN D 207.

   
Email Print
   
 
 
E-browse