Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
20 foreign owned tour companies operating in Sabah |  SESB for takeover? |  Team Malaysia dominate ladies golf tournament |  Three Sabahans for national trials |  Sabah Eagles take cautious approach in title challenge |  Bigger Christmas celebration this year |  Kumoduvo polosiden UPKO nopihi Puu Dewan Pogun |  Isuzu Malaysia treats loyal customers in gala night |  Hilton to introduce new brands |  Timber export value to decline |  103 pelajar UMS sertai Aktiviti Ekonomi dan Pola Guna tanah pinggir pantai anjuran FKSW |  Sizam pongkimamaan popoinsavat tangangazan kalaja polinta |  Fatahanne dinobatkan 'New Star malaysia' melalui pertandingan NKTS |  DBP galak pembangunan sastera melalui pengiktirafan |  Nahas jalan: Lelaki patah paha, kaki kanan akibat tersepit dalam kenderaan | 
 BM

Awang Husaini impikan Putatan jadi bandar satelit

140918-awang-3a
CENDERAKENANGAN... Pengerusi-pengerusi MKM bersama Tahir menyerahkan cenderamata kepada Awang Husaini.

14th September, 2018

PUTATAN: Menjadi satu-satunya laluan antarabangsa untuk berkunjung ke Sabah, adalah tidak mustahil bagi daerah ini untuk menjadi sebuah bandar satelit, seperti yang diimpikan oleh Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Datuk Sahari.

Menurutnya, bandar satelit yang didefinisikan sebagai bandar penyokong kepada bandar raya utama yang terletak berdekatan, merupakan fokus yang bermain dalam mindanya semenjak terpilih sebagai ahli Parlimen.

“Pengunjung dari seluruh dunia akan turun di Putatan dahulu sebelum ke mana-mana tempat di Sabah kerana di sini terletaknya lapangan terbang antarabangsa, dan apabila Pan Borneo siap, pengguna dari Sarawak dan juga Brunei pasti akan melalui Putatan sebelum sampai ke bandar raya utama.

“Ciri-ciri bandar satelit itu juga sudah dapat dilihat apabila sudah banyak hotel-hotel tumbuh di kawasan Putatan, hanya sekarang, bagaimana kita ingin menjadikannya status sebenar dan dilengkapi dengan kemudahan yang perlu sebagai bandar satelit,” jelas Husaini.

Tambahnya, apabila bandar raya Kota Kinabalu sudah terlalu padat dan tidak dapat menerima pelancong, Putatan ialah bandar penampan yang paling utama dan sesuai serta cukup kemudahan yang boleh ditawarkan.

“Saya akan bekerja kuat untuk memastikan bandar Putatan menjadi bandar satelit dan dikenali di seluruh dunia, di dalamnya kita ada produk-produk yang disusun untuk melengkapkan bandar ini dan memerlukan kerjasama ramai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO).

“Apa juga program yang dilakukan, peranan NGO ialah pelengkap kepada peranan eksekutif, seperti pelancongan, kita perlukan NGO yang berteraskan kepada kebersihan bandar untuk membantu mewujudkan bandar satelit yang sihat seperti di Eropah.

“Sama juga seperti hotel, kita akan ada NGO yang menggalakkan pelancongan dan juga NGO untuk pengangkutan bagi memastikan pemandu-pemandu teksi dan bas menyambut pelancong dengan berhemah,” kata Husaini ketika ditemui selepas Kunjungan Hormat Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) pada petang Rabu.

MKM merupakan sebuah badan sukarela pelbagai kaum yang ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan(JaPen) bagi memupuk nilai-nilai perpaduan untuk merealisasikan aspirasi rukun negara.

Mengulas lanjut menurut Husaini, Jabatan Penerangan sejak ditubuhkan selain berfungsi untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan juga mempunyai peranan utama dalam dasar-dasar penyatuan masyarakat Malaysia yang majmuk.

“Kehadiran JaPen bersama MKM jelas menunjukkan peranan mereka sebagai jambatan antara kerajaan dan masyarakat dan juga jentera eksekutif yang mengelola NGO sebagai pelengkap kepada kerajaan itu sendiri.

“Kewujudan NGO merupakan satu entiti penting dalam menjayakan aktiviti kerajaan, banyak perubahan yang berlaku di seluruh dunia daripada segi ekonomi, politik juga sosial yang digerakkan oleh NGO hingga boleh mengubah sesuatu polisi dan negara.

“Harapan saya agar NGO akan terus berkembang, sama ada NGO beruniform atau berteraskan kemasyarakatan seperti dikelolakan oleh JaPen, dan perlu kerap membuat aktiviti agar kewujudan NGO itu lebih terasa kepada setiap orang dan saya akan sentiasa menyokong aktiviti seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Permuafakatan MKM Negeri, Tahir Mat Soon berkata beliau bertanggungjawab kepada semua 151 MKM yang ada di seluruh Sabah.

“Selaku pengerusi, saya harus bertanggungjawab kepada semua program yang di susun oleh pihak JaPen yang mana dalam program-program ini kita dapat jalankan tugas sebagai penyampai maklumat dari kerajaan kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, JaPen akan mendapat kesan yang baik kerana sebagai satu badan penggerak dan pelengkap, MKM harus peka dengan mesej dan info di peringkat daerah agar dapat disalurkan kepada kampung.

“MKM juga perlu sentiasa bergerak agar kerajaan baharu dapat mencapai hala tujunya, dengan kunjungan hormat ini moga akan memberi kekuatan di peringkat daerah,”katanya yang juga Pengerusi MKM daerah.

Harapan Tahir, dengan adanya sokongan daripada ahli parlimen, apa juga aktiviti yang bakal dirancang akan terlaksana dengan jayanya yang mana hasilnya nanti pasti akan mendapat sokongan oleh pihak komuniti.

Hadir sama, Pegawai Penerangan daerah, Hayati Yakob, Penyelaras MKM Negeri, Mohd. Firdaus Ali Ahmad serta pengerusi-pengerusi MKM daerah Putatan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse