Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Heartbreak for MMT Junior again |  Two police reports on MP’s alleged tryst |  'Corrupt people must be punished' |  Fendi Mardi boleh pergi jauh dalam industri seni suara tanah air |  Buah durian Ranau jadi tarikan pengunjung luar |  Kusai nasamanan nopujulan kiniopon id talun-alun Lahad Datu |  Tinimungan manazang mokianu usin RM4 lizong |  Researchers seeking new ways to protect mangroves |  MATRADE promotes Malaysia capabilities in Asia |  Celcom first telco globally to be ISO 18295-2:2017 certified |  Digi rewards customers through new app |  Anugerah Hadiah Sastera Sabah, Galakan Buku Umum 2018 tawar ganjaran keseluruhan RM40,000 |  UMS Color Run meriahkan sambutan Hari Malaysia |  Mayat lelaki ditemui atas jalan raya di pusat bandar Lahad Datu |  ESSZONE: Polis akan temui nelayan, pengusaha pelancongan dan penternak ikan | 
 BM

Nelayan di kawasan ESSZONE dinasihatkan berhati-hati

Ldu___ocpd_pix
KENANGAN … Nasri dan Hamzah bersama Para Pegawai Polis IPD Lahad Datu bergambar kenangan bersama Omar Mammah.

14th September, 2018

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Omar Mammah menasihatkan para nelayan di sekitar kawasan Zon Selamat Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE) supaya sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran bot asing yang tidak dikenali.

Dalam masa sama, beliau turut meminta para nelayan supaya melaporkan segera sekiranya melihat kehadiran bot asing disekitar perairan ESSZONE.

“Maklumkan kepada pasukan keselamatan yang ada atau di mana-mana balai polis berhampiran supaya pihak keselamatan boleh mengambil tindakan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan upcara Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Lahad Datu dan Pengerusi PERKEP di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini, di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata keanggotaan pasukan keselamatan di sekitar kawasan culik (Pulau Gaya Semporna) telah dipertingkatkan selain menggerakkan aset-aset keselamatan untuk mengesan keberadaan mangsa culik dan suspek.

“Sehingga kini, kita juga belum ada menerima sebarang panggilan yang dibuat daripada mana-mana pihak kepada majikan atau ahli keluarga mangsa dan usaha mengesan keberadaan mangsa culik dan suspek kini giat dipertingkatkan,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse