Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
20 foreign owned tour companies operating in Sabah |  SESB for takeover? |  Team Malaysia dominate ladies golf tournament |  Three Sabahans for national trials |  Sabah Eagles take cautious approach in title challenge |  Bigger Christmas celebration this year |  Kumoduvo polosiden UPKO nopihi Puu Dewan Pogun |  Isuzu Malaysia treats loyal customers in gala night |  Hilton to introduce new brands |  Timber export value to decline |  103 pelajar UMS sertai Aktiviti Ekonomi dan Pola Guna tanah pinggir pantai anjuran FKSW |  Sizam pongkimamaan popoinsavat tangangazan kalaja polinta |  Fatahanne dinobatkan 'New Star malaysia' melalui pertandingan NKTS |  DBP galak pembangunan sastera melalui pengiktirafan |  Nahas jalan: Lelaki patah paha, kaki kanan akibat tersepit dalam kenderaan | 
 BM

Umno Sabah setuju tubuh Gabungan Bersatu Sabah

140918-lead-1
MESYUARAT ... Hajiji (empat kanan) bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Sabah semasa mesyuarat itu.

14th September, 2018

KOTA KINABALU: Badan Perhubungan Umno Sabah dalam mesyuaratnya kelmarin bersetuju dan menyokong penubuhan blok pembangkang – Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Pengerusinya, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, GBS merupakan pakatan pembangkang yang menyatukan parti-parti pembangkang sedia ada di negeri ini.

Katanya, GBS yang kini dalam proses didaftarkan, setakat ini akan dianggotai oleh Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan STAR.

“GBS akan menjadi gabungan parti-parti pembangkang yang kuat di Sabah dan kita berazam mengambil alih Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BPUN Sabah di bangunan Umno kelmarin.

Hajiji berkata, Umno Sabah berpendapat parti-parti pembangkang sedia ada di negeri ini perlu bergabung dalam satu blok dan bergerak dalam satu tujuan demi membela kepentingan rakyat dan hak-hak negeri Sabah.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi BPUN, Datuk Bung Moktar Radin; Setiausaha Datuk Seri Masidi Manjun; Ketua Penerangan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia; Bendahari Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Haji Ahmad Ayid; Ketua Pergerakan Pemuda, Encik Aziz Julkarnain; Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohd. Salleh Said Keruak yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud dan juga Ketua-ketua Bahagian Umno.

   
Email Print
   
 
 
E-browse