Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

Jalan rosak teruk bahayakan pengguna

6th March, 2009

SaNDAKAN : Jalan berlubang-lubang serta rosak teruk di bahagian permukaan jalan terutama di kawasan jalan utama Taman Pohing dan Karamunting,Jalan Batu Sapi kini mengundang bahaya kepada penggunanya.

Lebih-lebih lagi jalan ini menhadi laluan utama pengguna sama ada kenderaan persendirian,penumpang dan jentera berat seperti lori dari bandar ke beberapa kawasan di Jalan Batu Sapi yang rosak teruk sejak kejadian hujan beberapa minggu kebelakangan ini.

Seorang pendidik yang mengajar di salah sebuah sekolah di Jalan Batu Sapi,Amat Abas berkata kerosakan pada permukaan jalan di depan Sekolah Rendah (SK) Karamunting begitu membimbangkan mereka selaku pengguna jalan.

“Kalau tengok ia tidaklah seteruk mana tetapi bila melepasi jalan ini,kita terpaksa berhati-hati kerana lubang-lubang kecil yang tajam dan dalam boleh merosakkan tayar dan kereta yang rendah,” katanya di sini kelmarin.

Menurut pendidik itu masalah kerosakan jalan itu perlu diperbaiki segera demi kebaikan semua pengguna jalan yang menggunakan laluan berkenaan.

Katanya,selain jalan Karamunting,kerosakan sama turut berlaku di jalan Pohing yang mana keadaanya semakin bahaya.

Ini kerana katanya,kedudukan jalan rosak itu merupakan laluan pengguna untuk melintasi jalan lintasan Sibuga untuk menghubungi sekitar beberapa bandar satelit di daerah ini,seperti Karamunting,Taman Mawar dan Indah Jaya serta Taman Sibuga Batu 8. – SANTE VILLIAMON

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline