Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

MBL desak kerajaan teruskan pembinaan Litar Permotoran Antarabangsa Labuan

12th September, 2018

OLEH JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Majlis Belia Labuan (MBL) mendesak kerajaan hari ini untuk meneruskan projek pembinaan Litar Permotoran Antarabangsa Labuan yang sedang dalam pembinaan di Kiansam, dekat sini.

Presidennya, Mohd Rezuan Md Nawawi berkata, sebagai badan induk kepada persatuan belia di pulau ini agar kerajaan meneruskan pembinaan projek Litar tersebut yang mampu memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada anak-anak muda Labuan tetapi juga secara langsung memberi impak ekonomi kepada penduduk tempatan.

Beliau berkata, pada 6 September yang baru lalu, Jabatan Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang dan SAM Sdn. Bhd telah menganjurkan Klinik Club Prix KBS 2018 yang turut disertai oleh 20 orang anak muda Labuan yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai Club Prix sebagai platform untuk perlumbaan motor.

“ Sebahagian besar mereka yang menyertai klinik tersebut adalah sebagai persediaan mereka untuk melakukan aktiviti sukan permotoran di Litar Permotoran Antarabangsa Labuan yang dijangka siap dalam tempoh tidak lebih dua tahun dan mereka yakin litar yang sudah dilaksanakan itu akan menjadi kenyataan” katanya ketika menghubungi New Sabah Times di sini, kelmarin.

Mohd Rezuan juga optimis Litar Permotoran Antarabangsa Labuan akan menjadi tumpuan penggemar sukan permotoran dari Borneo apabila siap kelak.

“MBL yakin Litar Permotoran Antarabangsa Labuan yang bakal menjadi satu-satunya litar bertaraf antarabangsa rantau Borneo, sudah pasti membawa impak positif khususnya dari segi pelancongan dan sosial, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan khususnya untuk golongan muda,” katanya.

Beliau berkata, dari aspek pelancongan, ia dilihat berupaya menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing menerusi penganjuran sukan bermotor, sama seperti apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak masing-masing terkenal dengan Dragon Boat dan Kapal Layar (BIYC).

“Impak sosial juga boleh dirasai menerusi pengurangan masalah mat rempit di jalan raya memandangkan litar lumba ini akan memberi ruang kepada peminat motor untuk berlumba di kawasan yang sesuai.

Jelasnya, peluang telahpun terbuka luas untuk anak muda Labuan mengemudi sukan permotoran kawasan Borneo dan peluang inilah yang harus direbut oleh anak muda tempatan bagi meningkatkan ekonomi Labuan dan ekonomi anak muda itu sendiri.

Justeru itu, beliau bersama rakan-rakan gabungan belia Labuan sekali lagi mendesak kepada kerajaan supaya Litar Permotoran Antarabangsa Labuan ini terus dibangunkan bagi memastikan anak muda di pulau ini dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak hanya terhad dalam bidang sukan bola sepak, olahraga tetapi juga dalam bidang permotoran.

“Katanya, pembinaan litar permotoran ini seahrusnya dilihat sebagai usaha kerajaan tidak kira yang terdahulu atau yang baharu bagi membantu golongan muda mengetengahkan bakat dalam sukan permotoran.

“Tindakan untuk membatalkan pembinaannya merupakan usaha cuba untuk memperlekeh keinginan anak muda Labuan untuk terus maju dalam sukan permotoran” katanya.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda Umno Labuan turut menyuarakan agar pembinaan Litar Permotoran Antarabangsa Labuan ini diteruskan pembinaannya walaupun Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek menyarankan kepada kerajaan supaya litar yang menelan belanja RM7 juta itu di batalkan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse